• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Larang Penonton Pakai Baju Tidur Di Stadium?

oleh
15/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Ini mungkin agak pelik tetapi pihak berkuasa sukan Arab Saudi dilaporkan ‘haram’ penonton yang ‘tidak berpakaian sesuai’ daripada memasuki stadium atau kemudahan sukan.

Namun sejak peraturan larangan itu diumumkan pada 10 Oktober lalu, hashtag dalam bahasa Arab iaitu ‘larang baju tidur dalam stadium’ tular sehingga sudah pun digunakan hampir 600,000 kali menerusi laman Twitter.

Keputusan aneh itu kelihatan seperti satu langkah tegas oleh pemerintah Arab Saudi sendiri untuk menghentikan golongan lelaki daripada sengaja memakai jubah longgar berlengan pendek  ketika berada di tempat awam.

Bagaimanapun, stesen antarabangsa BBC melaporkan, ramai pengguna media sosial di negara itu berbelah bahagi dalam reaksi mereka terhadap berita tersebut waima bersetuju pakaian berkenaan secara tradisi dipakai di rumah!

Untuk rekod, kenyataan diterbitkan oleh Penguasa Sukan Umum itu mendedahkan bahawa Turki al Alshikh, yang baru dilantik sebagai pengerusi oleh dekri diraja pada bulan September lalu mengeluarkan arahan tersebut.

Beliau mengarahkan agar pihak berkuasa sukan tempatan tidak lagi mengizinkan para pengunjung terutama penonton lelaki yang didapati “tidak berpakaian sesuai” untuk masuk ke kawasan fasiliti arena sukan awam.

“Ini adalah kerana perlawanan bola sepak dan beberapa kejohanan sukan lain ditayangkan secara langsung sehingga dapat ditonton oleh pelbagai golongan usia dan latar belakang,” dedah kenyataan tersebut yang dipetik BBC.

“Ini memerlukan orang ramai untuk tampil mengenakan pakaian yang sesuai dengan imej masyarakat Arab Saudi dan selaras amalan kesopanan masyarakat serta mengelakkan daripada apa-apa yang melanggar tatalaku ini,

“Ia termasuk memakai pakaian yang tidak sesuai untuk dilihat di tempat awam.” Pihak berkuasa turut melampirkan grafik yang menunjukkan enam kumpulan pakaian apa sesuai digunakan manakala jubah longgar adalah dilarang.

Ekoran itu, sebilangan pengguna menerusi laman Twitter yang menggunakan hashtag “larang baju tidur dalam stadium” berkongsi beberapa gambar individu yang memakai jubah tersebut di tempat awam, menurut BBC.

 

قرار سيضر كثيراً بالحضور الجماهيري لنادي #الهلال كون اغلب جماهيره تحضر بهذا الزي !!
#منع_ملابس_النوم_في_الملاعب pic.twitter.com/h7vEHl3Wnx

— #احمد_الشمراني (@Ahsh_220) October 11, 2017

“Ia adalah satu keputusan yang akan beri kesan agak besar pada jumlah peminat pasukan Al-Hilal kerana mereka memakai jubah jenis itu apabila menonton perlawanan,” tulis salah seorang pengguna media sosial tempatan.

Beberapa netizen lain yang menyokong keputusan itu juga menyoal mengapa peraturan tersebut tidak diamalkan di masjid. Mereka yang tidak bersetuju dengan larangan tersebut juga menyuarakan pendapat mereka di media sosial.

“Keputusan yang betul tetapi ia seharusnya diamalkan di rumah Allah dahulu,” dedah seorang pengguna media sosial. Namun Arab Saudi bukanlah satu-satunya yang menjadikan isu pakai baju tidur sesuatu kontroversi.

Pada Januari lalu, pasar raya besar Tesco tidak menghiraukan aduan oleh salah seorang pelanggannya di Britain, yang melaporkan tentang individu memakai baju tidur di cawangan itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd