• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Pendek Malaysia Sertai Festival Filem Fly

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUSAN – ‘Linguistic of Restaurant’, sebuah filem pendek berdurasi tujuh minit dari Malaysia menyertai Festival Filem FLY yang dirasmikan malam tadi di sini, Korea Selatan, menayangkan 32 filem termasuk filem cetera.

Ia mengisahkan proses kehidupan, yang bertemakan kesenian. Filem arahan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bebbra Mailin ini memaparkan adegan dua sahabat sedang berbual di bahagian luar sebuah restoran, tetapi berlaku pertikaian kecil antara mereka.

Festival tiga hari ini anjuran Bandaraya Metropolitan Busan, Suruhanjaya Perfileman Busan (BFC) dan Busan Asian Film School sempena memperingati ulang tahun ASEAN ke-50 pada tahun ini, yang juga merupakan tahun penting bagi pertukaran budaya antara ASEAN dan Korea Selatan melalui ASEAN-ROK Cultural Exchange.

‘Linguistic of Restaurant’ diterbitkan Ahmad Muzzamil Abdul Rahman, yang juga bertindak sebagai penulis dan penyunting.

Ketika ditemui Bernama di sini, Muzzamil, yang mengikuti program pertukaran lawatan ASEAN ke Korea Selatan berkata: “Projek FLY adalah satu kejayaan kepada pembuat filem, seperti impian saya. Banyak yang saya pelajari ketika mengikuti latihan dua minggu di Davao, Filipina, iaitu projek FLY pertama yang diadakan pada 2012.”

“Ia adalah saat yang paling mengujakan dalam hidup saya, dapat mengenali ramai pembuat filem muda seperti saya di negara Asia Tenggara,” katanya.

Ahmad Muzzamil berkata pemilihannya menyertai Akademi Filem Asian, mungkin kerana FLY, dan sejak itu penghasilan filemnya, mengalami banyak perubahan.

Pemegang Diploma Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik) daripada UiTM, berkata sejak menyertai Festival Filem FLY, kehidupannya banyak berubah dan percaya ia telah mempengaruhi beliau sebagai pembikin filem dan ini antara sebab beliau perlu menghadiri festival itu pada tahun ini.

Majlis pembukaan berlangsung di Pusat Media Komuniti Busan dengan tayangan filem ‘My Life With A King’ (diterbitkan pada 2015), arahan sulung Carlo Enciso Catu, dari Filipina.

Penganjuran seterusnya FLY 2017 akan diadakan di Yogyakarta, Indonesia dari 20 Nov hingga 3 Dis.

Seramai 22 pelatih yang terpilih daripada 11 negara meneruskan ke peringkat pra-siaran dalam talian di bawah bimbingan seorang pengarah mentor bermula 18 Sept. – BERNAMA

Tags: festival filemfilem pendek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Festival Filem Antarabangsa Tokyo Ke-30 Bermula

26/10/2017
0

TOKYO – Hujan renyai-renyai tidak menghalang ratusan peminat filem berhimpun di Roppongi, Tokyo pada 25 Okt untuk menyaksikan acara pembukaan...

Pekak Dominasi Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL

02/10/2017
0

SENARAI pemenang Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2017 telah dikeluarkan dan antara orang pertama yang berkongsi tentang berita itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd