• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Sudah Analisis Liverpool” – Jose Mourinho

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOSE Mourinho berkata dia tahu pasukan Liverpool lebih baik berbanding musim lalu ketika pengurus Manchester United itu bersiap sedia untuk lawatannya ke Anfield.

United menduduki tempat kedua carta Liga Perdana Inggeris, berkongsi mata dengan Manchester City.

Sementara itu, Liverpool hanya mencatatkan satu kemenangan dari tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, tetapi Mourinho berkata dia memahami kualiti yang ada dalam skuad lawan.

“Saya tahu kualiti pemain mereka dan kualiti pasukan mereka.

“Jelas sekali kualiti pasukan mereka mempunyai kaitan dengan kualiti pengurusnya.

“Saya mengetahuinya sejak musim lalu, saya tahu ia lebih baik sekarang kerana dalam beberapa minggu terakhir saya cuba menganalisis mereka dan belajar tentang mereka dengan cara yang lebih tepat,” katanya.

Mourinho berkata dia memahami bagaimana besarnya persaingan antara kedua-dua pasukan tetapi mendakwa setiap ‘mata adalah sama’ dengan dalam pemikiran masing-masing mahu mengejar gelaran.

“Jika satu permainan besar itu dikatakan hanya apabila anda bermain dengan Manchester City, atau Liverpool, atau Chelsea, maka anda mempunyai enam perlawanan besar dalam satu musim,” kata pengurus berusia 54 tahun itu.

“Saya mahukan setiap pemain saya mempunyai mentaliti bahawa setiap perlawanan adalah perlawanan besar.

“Apabila anda adalah sebuah kelab besar yang ingin memenangi gelaran, anda ingin menang pertandingan seperti Liga Perdana, setiap perlawanan adalah sama, setiap mata adalah sama, kecuali jika ada dua atau tiga kelab berjuang untuk tujuan tertentu dalam satu musim,” katanya. – skysports/mStar Online

Tags: Jose Mourinho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Mourinho Kembali Ke Portugal, Tonton Bola Sepak Bersama Anak

24/12/2018
0

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal. Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd