• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Degil, Ingkar Nasihat Polis

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Kedegilan Pakatan Harapan yang tidak mahu menukar lokasi ‘Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ walaupun setelah dinasihati polis menunjukkan sikap mereka yang tidak menghormati undang-undang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata tindakan pembangkang untuk mengingkari arahan polis adalah taktik yang digunakan oleh mereka bagi mencetuskan kekecohan bagi dan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Budaya melawan undang-undang ini adalah budaya pembangkang. Pembangkang tetap mahu mengadakan himpunan di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, dengan harapan polis akan mengambil tindakan.

“Selepas itu mereka akan menguar-uarkan di peringkat antarabangsa kononnya Malaysia dan kerajaan tidak demokratik,” katanya kepada pemberita sebelum melakukan tinjauan mesra di Kampung Bukit Belimbing di sini, hari ini.

Noh berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Pakatan Harapan mahu meneruskan ‘Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini menyarankan penganjur acara itu supaya mengubah lokasi perhimpunan berkenaan ke Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, bagi memudahkan polis melakukan kawalan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd