• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

732 Booth Sertai Karnival Usahawan Desa

oleh AK-47
13/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 732 gerai yang sebahagian besarnya melibatkan usahawan, akan menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD 2017) pada 19 hingga 22 Okt di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Karnival anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu menyaksikan 691 gerai usahawan, 30 gerai syarikat swasta dan agensi kerajaan serta 11 gerai KKLW dan agensinya.

Acara dwitahunan KKLW itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 20 Okt.

Menggunakan selogan ‘Usahawan Desa Produk Global’ dan hashtag #supportlocal, KUD 2017 menawarkan jualan produk-produk usahawan yang terbahagi kepada enam kluster iaitu makanan dan minuman, produk pertanian, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan, ICT dan ICT Kreatif serta perkhidmatan dan pelancongan.

Karnival itu turut merangkumi aktiviti utama seperti Hari Dagangan dan Padanan Perniagaan bersama 65 syarikat berpotensi, seminar keusahawanan, forum siswapreneur, persembahan kebudayaan, demonstrasi produk dan kraftangan serta demonstrasi masakan.

Aktiviti lain terdiri daripada Pertandingan Solekan, Mencari Harta Karun, Karakter Animasi, Pusat Jagaan Kanak-kanak/taman permainan, Program DBP, Pertunjukan Fesyen Busana Muslimah dan Cabutan Bertuah.

Gerai DESAMALL @KKLW pula mengandungi komponen seperti Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC), Desamall Online, Skim Pembiyaan Ekonomi Desa (SPED), Desa Lestari, Jalan ke Pasar Raya Besar, program Mobilepreneur dan Pengambaran RBC 2017.

KUD 2017 juga akan dimeriahkan dengan Malam Okestra Desa Tercinta yang akan menampilkan selebriti termasuk Jamal Abdillah dan Siti Nordiana manakala Konsert Kemuncak akan diserikan dengan kemunculan Ella, Amy Search dan Ayda Jebat. – BERNAMA

Tags: Pusat Dagangan Dunia Putra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd