• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Jangka Cabaran Sengit Korea Selatan Esok

oleh AK-47
13/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu berwaspada dengan taktikal jurulatih Korea Selatan, Kyo Shin Seok dan kehadiran pemain senior pada perlawanan kedua Kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 di Dhaka, esok.

Selaku juara bertahan, Korea Selatan, berada dalam keadaan terdesak untuk memburu satu-satunya tiket ke Piala Dunia 2018 melalui kejohanan tersebut, sekali gus memberi tekanan kepada Malaysia untuk memburu kedudukan terbaik di Bangladesh.

Korea Selatan sudah melaungkan amaran awal untuk merebut peluang terakhir tiket Piala Dunia 2018 apabila membuka kempen dengan membelasah Oman 7-2 manakala Malaysia turut merakamkan kemenangan besar dengan mengalahkan China 7-1.

“Kami menjangkakan perlawanan sukar dengan Korea Selatan kerana ini adalah peluang terakhir untuk mereka layak ke Piala Dunia,”kata jurulatih negara, Stephen van Huizen dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di sini hari ini.

Selain tuan rumah India, Malaysia dan Pakistan sudah layak ke Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di Bhubaneswar, India, dari 24 Nov hingga 16 Dis tahun depan.

Bagaimanapun, Stephen berkata beliau akan menumpukan perhatian terhadap beberapa aspek yang memerlukan penambahbaikan serta mengharapkan persembahan konsisten serta tumpuan sepenuh pemain sepanjang 60 minit perlawanan dengan Korea Selatan.

Beliau menegaskan bahawa anak didiknya perlu memastikan prestasi mereka harus setaraf dengan usaha yang ditunjukkan oleh Korea Selatan.

Selain itu, beliau turut memastikan stamina pemain berada pada tahap terbaik dan serta kurang membuat kesilapan terutamanya dalam memberi peluang kepada pihak lawan melakukan pukulan sudut penalti.

Selain Malaysia dan Korea Selatan, kumpulan tersebut turut disertai China dan Oman manakala Kumpulan A terdiri daripada India, Pakistan, Jepun dan Bangladesh.

Mengikut format pertandingan, dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke kumpulan ‘Super Fours’ manakala dua pasukan terbawah dalam kumpulan akan diletakkan dalam satu kumpulan untuk menentukan kedudukan kelima hingga kelapan.

Dalam kumpulan ‘Super Fours’, pasukan akan bersaing secara liga sepusingan dengan dua pasukan teratas akan mara ke final. – BERNAMA

Tags: Kejohanan Hoki Piala Asia 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Naib Juara Asia: Tahniah Skuad Hoki Negara

24/10/2017
0

SEKALIPUN tewas 1-2 kepada India kelmarin, skuad hoki kebangsaan membuktikan era gemilang sukan itu kini telah kembali. Walaupun sudah melayakkan...

Malaysia Cipta Sejarah Mara Ke Final Piala Asia 2017

22/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Malaysia melakar sejarah mara ke final Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 setelah mengikat juara bertahan, Korea Selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd