• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RCI Forex BNM Serah Laporan Kepada Agong

oleh AK-47
15/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar 1990-an, mempersembahkan laporan siasatan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Laporan itu diserahkan dalam tempoh genap tiga bulan mandat suruhanjaya itu.

Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, tiba di perkarangan Istana Negara, pukul 4.05 petang diiringi empat ahli panel.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berkenan menerima laporan itu kira-kira pukul 5.30 petang yang diserahkan sendiri oleh Mohd Sidek.

Laporan setebal 400 muka surat yang diserahkan itu mengandungi keputusan berhubung lima bidang tugas suruhanjaya siasatan.

Mohd Sidek ketika ditemui media di luar Istana berkata, beliau sudah menjelaskan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai hasil siasatan dan laporan oleh suruhanjaya.

“Ada lima syor dalam terma rujukan itu dan suruhanjaya siasatan sudah mengkaji semua serta memberi perakuan,” katanya.

Selepas lebih tiga jam, ahli panel itu dilihat meninggalkan perkarangan istana, kira-kira jam 7 petang.

Pada 19 September lalu, suruhanjaya siasatan itu menutup prosiding dua hari lebih awal, selepas bersidang selama sembilan hari bermula 8 Ogos lalu.

Antara lima bidang tugas suruhanjaya itu adalah :

1. Untuk menentukan sama ada urus niaga mata wang asing Bank Negara, yang mengalami kerugian, telah melanggar peruntukan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang lain yang berkenaan.

2. Untuk menentukan sama ada terdapat unsur sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta penyata mengelirukan yang dikemukakan kepada Kabinet, Parlimen dan orang ramai berhubung kerugian dialami Bank Negara disebabkan urus niaga mata wang asing itu.

3. Untuk mengesyorkan tindakan sewajarnya yang perlu diambil terhadap pihak yang terbabit secara langsung dan/atau tidak langsung sekiranya mereka didapati menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian itu dan menyembunyikan fakta serta maklumat mengenai kerugian yang dimaksudkan.

4. Untuk mengesyorkan tindakan yang patut diambil bagi memastikan perkara serupa tidak berulang.

Selain Mohd Sidek, yang juga pengerusi PETRONAS, anggota lain suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan; pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia K Puspanathan.

Suruhanjaya itu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Abdul Murad bahawa BNM kerugian lebih AS$10 bilion pada awal 1990-an dalam perdagangan mata wang asing.

Sepanjang prosiding, antara saksi penting yang dipanggil memberi keterangan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. – Berita Harian

Tags: Datuk Dr Yusof Ismailforex
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

24/05/2024
0

Kuala Lumpur : Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43...

Addy Kanna, Alvin Terlibat Macau Scam, Judi Online

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd