• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelabur Perlu Berjaga-Jaga Elak Ditipu

oleh AK-47
13/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para pelabur perlu mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu bagi mengelak menjadi mangsa penipuan, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Beliau berkata dalam tempoh kurang daripada dua tahun, dilaporkan bahawa lebih 500,000 orang Malaysia telah menjadi mangsa penipuan.
“Justeru, pendidikan pelabur memainkan peranan penting dalam mandat SC bagi memastikan perlindungan pelabur yang mencukupi.

“Program celik kewangan dan pelaburan kami diadakan bagi mewujudkan kesedaran dan memperkasakan individu untuk membuat keputusan pelaburan yang berdasarkan maklumat,” katanya pada majlis pelancaran InvestSmart Fest 2017 (ISF 2017) di sini, hari ini.

Beliau berkata bersempena dengan festival itu, SC telah mengambil banyak inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai penipuan, termasuk video yang memperlihatkan taktik penipuan biasa yang ditayangkan di 135 panggung di 15 pawagam seluruh negara.

InvestSmart Fest 2017 yang berlangsung selama 3 hari itu dari 13-15 Okt di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bertujuan untuk menggalakkan celik kewangan dan pelaburan dalam meningkatkan pemerkasaan pelabur.

Sejak dimulakan pada 2014, festival itu telah berjaya menjangkau lebih sejuta rakyat Malaysia menerusi seminar, jerayawara dan sesi pertemuan dengan pemimpin masyarakat di seluruh negara.

Festival tahun ini bertemakan ‘Invest for Your Future’ (Melabur bagi Masa Depan Anda) disertai 65 institusi pasaran, termasuk persatuan, penggiat industri dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung untuk mendidik orang ramai dalam menggalakkan simpanan jangka panjang, pelaburan dan perancangan persaraan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Ranjit Ajit Singh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd