• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Udang Harimau Saiz XXL Dilelong RM35 Sekilo

oleh AK-47
15/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Udang Harimau bersaiz XXL akan dilelong pada harga RM35 sekilo di tapak program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kerteh pada Sabtu ini.

Harga biasa bagi udang itu ialah antara RM65 hingga RM70 sekilo.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk M Saedon Ab Majid berkata tiga tan hasi laut seperti ikan, ketam dan sotong akan dilelong 20 hingga 50 peratus lebih murah.

Beliau berkata acara lelongan akan bermula selepas majlis perasmian GNN oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dijangka berlangsung pukul 11 pagi.

“Selain itu akan turut diadakan acara menarik seperti pertunjukan akrobatik udara, demonstrasi masakan dan aktiviti beli-belah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

GNN julung kali ini yang berakhir esok menampilkan 133 gerai jualan pelbagai produk hasil tani dan makanan laut, 43 gerai pameran dan 10 kaunter perkhidmatan agensi dan jabatan kerajaan.

Tinjauan Bernama mendapati hujan renyai yang turun sejak awal pagi tidak menghalang orang ramai untuk membanjiri tapak program.

Seorang pengunjung Syuhada Razali, 42, berkata beliau teruja apabila dapat membeli pelbagai produk tani dan hasil laut dengan harga lebih murah.

“Tadi saya beli minyak masak lima kilogram pada harga RM19 dan ikan tongkol RM5 seekor,” katanya yang datang dari Kuala Lumpur untuk bercuti di rumah ibu bapanya di Paka. – BERNAMA

Tags: LKIMUndang Harimau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nelayan Diminta Daftar Dengan LKIM Untuk Dapat Bantuan

Nelayan Diminta Daftar Dengan LKIM Untuk Dapat Bantuan

26/12/2022
0

TUMPAT : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggesa semua nelayan di negara ini mendaftar dengan persatuan nelayan agar bantuan dapat...

LKIM Tiada Lagi Simpanan Ikan Sejuk Beku

28/05/2022
0

Taiping : Tiada simpanan ikan sejuk beku di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menampung masalah kekurangan dan kenaikan harga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd