• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haqiem Rusli Pegang Teguh Pada Prinsip Diri

oleh
15/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAYAANNYA dalam dunia seni bermula pada usia 18 tahun walaupun sudah lama menapak di dalam industri hiburan sejak berusia 10 tahun selepas dapat tempat kedua dalam pertandingan Idola Kecil anjuran TV9.

Namun bagi Ridzuan Haqiem Rusli atau Haqiem Rusli, dia telah mengambil peluang itu baginya untuk tetap berusaha mencipta nama selepas lagu bertajuk Segalanya menjadi kegemaran ramai sejak tahun lalu.

Jika anda mengikuti laman Instagram penyanyi muda ini, pasti anda akan perasan bahawa penyanyi berusia 19 tahun ini jarang memuat naik gambar bersama wanita di akaun Instagramnya.

Selain menyanyi, Haqiem juga mempunyai bakat dalam mencipta lagu dan dia juga dikatakan tidak akan menghasilkan lagu buat penyanyi wanita. Kenapa pula tu ya?

“Bukan nak berlagak alim atau tunjuk bagus tapi saya tidak mahu menjadi punca dosa. Tetapi saya tak pernah membataskan diri bergambar dengan peminat wanita.

“Saya mahu berubah ke arah kebaikan. Selepas sekolah saya mulai sedar tentang banyak perkara. Ramai yang beranggapan bidang muzik ini melalaikan, tapi sebenarnya banyak cara yang kita boleh lakukan ke arah kebaikan,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Baginya, ada sebab disebalik mengapa dia berpegang teguh kepada prinsip tersebut dan yakin bahawa pendiriannya itu tidak akan pernah berubah.

Sebelum ini, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu juga pernah memuat naik satu gambar ketika dia menghadiri roadshow Hot FM. Gambar tersebut telah melihatkan kegigihan Haqiem menutup aurat semua peminat wanitanya.

Tak ramai sebenarnya selebriti yang mempunyai sikap seperti Haqiem ni. Bagus tindakannya dengan menetapkan prinsip dalam kerjaya seni yang dipilihnya itu.

Benarlah, selebriti ini kerjanya untuk beri hiburan kepada penonton tapi mereka juga dijadikan contoh oleh orang ramai. Sebab tu lah kena selalu tunjukkan sifat positif supaya dijadikan contoh. Tak gitu? –MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Haqiem RusliTERGANTUNG SEPI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Lagi Saya Perlu Buat? – Haqiem Rusli

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - “Saya tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan kerana saya sudah meminta maaf, tetapi masih juga dikecam....

“Terasa Macam Dia Orang Syok Sendiri…” – Haqiem Rusli

21/11/2018
0

KONTROVERSI yang melanda nama penyanyi remaja Haqiem Rusli sebelum ini menyebabkan dia sering menjadi sasaran haters (pembenci) yang sering melemparkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd