• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi 2.7 Magnitud Gegar Korea Utara

oleh Ahmad Albab
13/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Gempa bumi kecil menggegarkan kawasan berhampiran lapangan ujian nuklear Korea Utara, namun ia seolah-olah bukan buatan manusia, kata agensi cuaca Korea Selatan hari ini.

Insiden itu adalah perkembangan terbaharu di Korea Utara, selepas Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam dan terbesarnya, awal September lalu.

Gempa bumi hari ini merekodkan kekuatan 2.7 magnitud dan berlaku pada kedalaman tiga kilometer di utara wilayah Hamgyong berhampiran lapangan ujian nuklear Punggye-ri di Korea Utara, kata Pentadbir Meteorologi Korea.

Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan gempa bumi sekuat 2.9 magnitud pada kedalaman lima kilometer dan menambah ia tidak dapat menentukan sama ada ia semula jadi atau buatan manusia.

Menurut USGS, gempa bumi itu adalah gegaran susulan selepas ujian nuklear keenam Korea Utara pada 3 September lalu yang mencetuskan gempa bumi 6.3 magnitud.

Ini menyebabkan ramai pakar dan pemerhati mengesyaki ujian nuklear terbaharu terbabit menjadi punca kawasan pergunungan tidak stabil. – Reuters/BH ONLINE

Tags: gempa bumiKorea Utara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd