• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Ramai Guru Sertai Program Inspirasi YaPIEM

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) mengambil inisiatif untuk menarik lebih ramai guru menyertai program Inspirasi YaPEIM bermula tahun depan dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan utama.

Ketua Pengarah YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata penambahbaikan itu bagi mendedahkan guru kepada skema pemarkahan untuk diterjemah kepada murid-murid menerusi pemantapan rancangan pengajaran dan pembelajaran mereka.

“Guru-guru akan diberi tip dan teknik menjawab soalan berdasarkan skema pemarkahan melalui pendekatan motivasi yang dikendalikan oleh guru-guru pakar, guru cemerlang dan ketua pemeriksa bagi subjek tertentu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Inspirasi YaPEIM 2017 peringkat Melaka di Dewan Alamanda Majlis Perbandaran Jasin, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari dan lebih 500 murid dari seluruh daerah.

Abibullah berkata melalui program inspirasi itu, pihaknya menyasarkan 50 peratus daripada kumpulan halus (harapan lulus) mampu setanding dengan kumpulan cemerlang hingga melayakkan mereka menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

YaPEIM memperuntukkan RM156, 000 bagi melaksanakan Program Inspirasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia melibatkan 3,636 pelajar di seluruh negeri ini. – BERNAMA

Tags: Program Inspirasi YaPIEM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd