• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Bakal Guna Kad Debit Beli Barang Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan aplikasi digital termasuk penggunaan kad debit di sekolah negara ini akan diperluaskan secara berperingkat.

Ia selaras usaha mendidik pelajar untuk bergerak seiring dengan perkembangan dunia era digital, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahd­zir Khalid.

Beliau berkata kementerian akan melaksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah terutamannya sekolah di luar bandar dari segi penggunaan kada debit untuk membeli makanan di kantin dan barangan di koperasi sekolah.

“Kita perlu didik pelajar untuk sedia berhadapan dengan dunia digital yang salah satunya ialah ‘cashless’ (tanpa tunai) kerana di luar sana orang dah pakai kad debit, orang dah tak pakai tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi 390 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

“Sekarang ini contohnya penggunaan Smart Board telah dilaksanakan di banyak sekolah.

“Keputusan peperiksaan misalnya juga boleh disemak ibu bapa melalui telefon pintar. Mungkin sekolah-sekolah boleh guna aplikasi perakam waktu atau paparan skrin sentuh mengikut kesesuaian,” katanya.

Ketika ini, tiga sekolah berasrama penuh iaitu SMK Sains Seri Puteri di Putrajaya, Kolej Tunku Kurshiah di Negeri Sembilan dan Sekolah Datuk Abdul Razak di Kedah telah menggunakan kad debit sebagai sebahagian aplikasi digital sekolah mereka. – BERNAMA

Tags: Kad Debit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit Di MEX Mulai Esok

Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit Di MEX Mulai Esok

02/08/2023
0

PUTRAJAYA : Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) menjadi yang pertama melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) menggunakan kad debit atau kad...

Kad Debit Maybank Kembali Boleh Digunakan

25/04/2022
0

Kad debit, aplikasi telefon pintar M2U dan perkhidmatan perbankan melalui laman web Maybank kembali boleh digunakan. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Bagaimanapun, setakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd