• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Laut China Selatan Harus Selesai Secara Aman

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Malaysia percaya isu Laut China Selatan adalah kompleks, merangkumi pelbagai aspek dan sangat sensitif, justeru tuntutan bertindih di kawasan itu harus diselesaikan secara aman dan mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Brunei Darussalam, Filipina, Vietnam dan China telah membuat tuntutan terhadap kawasan dan ciri-ciri maritim di Laut China Selatan yang bertindih dengan tuntutan Malaysia di luar pantai Sabah dan Sarawak.

“Tuntutan China di Laut China Selatan berdasarkan ‘nine-dash line’ yang dibuat secara unilateral itu merangkumi hampir keseluruhan kawasan maritim Malaysia di luar pantai Sabah dan Sarawak.

“Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China yang digariskan menerusi ‘nine-dash line’ kerana ia tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.

“Malaysia menegaskan akan pentingnya mengekalkan keamanan, kestabilan, keselamatan dan kebebasan pelayaran dan penerbangan di laut China Selatan,” katanya dalam syarahan mengenai ‘Isu dan Cabaran dalam Menguruskan Hubungan Luar Malaysia’ di Universiti Malaysia Sarawak, di sini hari ini.

Beliau berkata Malaysia menekankan keperluan semua pihak memastikan pelaksanaan secara penuh dan berkesan Deklarasi Tata Laku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) untuk: membina, mengekal dan meningkatkan saling percaya; mengamalkan kawalan diri dalam menjalankan aktiviti; tidak membuat ugutan atau secara paksa; dan untuk semua pihak terbabit menyelesaikan perbezaan serta pertikaian secara aman, seiring undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982.

Malaysia menggesa rundingan mengenai Kod Tata Laku di Laut China Selatan (COC) diperhebat bagi memastikan penggubalan lebih cepat COC, katanya.

“Justeru Malaysia dan China harus memastikan imbangan yang sesuai antara kepentingan secara individu dan bersama serta kepentingan serantau yang lebih besar dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan,.

“Negara anggota ASEAN dan China telah bekerjasama bagi memastikan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan dan mereka perlu terus berbuat demikian,” katanya.

Anifah juga berkata negara anggota ASEAN dan China komited terhadap pelaksanaan DOC yang bekesan, justeru harus beroperasi dalam lingkungan DOC.

Pada masa sama rundingan ke arah penggubalan COC harus diperhebat agar dapat diwujudkan rumusan awal kod itu.

COC katanya tidak bertujuan menyelesaikan pertikaian wilayah dan bidang kuasa antara pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan.

“Adalah diharapkan semua pihak akan terus bekerja dengan ASEAN ke arah pelaksanaan COC dan meningkatkan rundingan untuk penggubalannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: laut china selatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Seru Pendekatan Diplomatik Dalam Isu Laut China Selatan

Malaysia Seru Pendekatan Diplomatik Dalam Isu Laut China Selatan

11/10/2024
0

VIENTIANE - Malaysia menegaskan bahawa pendekatan diplomatik dan kerjasama melalui ASEAN adalah cara terbaik untuk menangani pertikaian di Laut China...

Gempa Bumi Di Laut China Selatan Tak Hasilkan Gegaran Permukaan – MetMalaysia

Gempa Bumi Di Laut China Selatan Tak Hasilkan Gegaran Permukaan – MetMalaysia

04/04/2023
0

Kota Kinabalu : Gempa bumi yang berlaku di Laut China Selatan awal pagi semalam tidak menghasilkan sebarang gegaran di permukaan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd