• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cub Prix: Belum Masa Menyerah Kalah – Zaqhwan

oleh Ahmad Albab
14/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOHD Zaqhwan Zaidi enggan mengalah meskipun saingan kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2017 masih belum memihak kepada dirinya selepas kali terakhir menaiki podium pada perlumbaan pusingan pertama di Temerloh, Pahang, Mac lepas.

Menjelang pusingan kelapan yang akan berlangsung di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan pada 14 dan 15 Oktober ini, pelumba pasukan Givi Honda Yuzy Racing yang diletakkan sebagai pelumba pilihan untuk bersaing merebut kejuaraan pada awal musim optimis mereka masih mampu untuk berada di kelompok hadapan dalam baki tiga pusingan perlumbaan terakhir sebelum saingan musim 2017 menutup tirai November ini.

“Banyak yang memperkatakan tentang kemampuan kami pada musim ini. Ia, memang tak dinafikan, situasi ketika ini tidak begitu memihak kepada kami, namun kami bukan hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa untuk mendapatkan jentera yang lebih baik.

“Pasukan terus berusaha untuk mendapatkan jentera yang mampu memberikan saingan kepada lain-lain pasukan,” jelas juara keseluruhan CP130 musim 2014 ini.

Tambahnya, “Litar Jempol ini merupakan antara litar kegemaran saya. Tahun lepas saya menang di sini, namun untuk mengulanginya pada tahun ini, mungkin agak sukar tetapi bukan bermaksud menyerah kalah begitu sahaja.

“Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan mensasarkan penamat dalam kelompok lima pelumba terbaik. Satu bonus tambahan jika dapat naik ke podium,” jelas Zaqhwan.

Selepas tujuh pusingan, Zaqhwan berada di tangga ke-11 keseluruhan dengan 35 mata manakala Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di tangga teratas dengan 125 mata. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd