• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Elektrik Di Putrajaya Beroperasi Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Putrajaya dijangka memiliki lima buah bas elektrik yang akan memulakan operasi di tiga laluan menjelang suku kedua tahun depan dalam fasa pertama.

Pengarah Urusan Green Energy Transportation Solution (GETS) Global Bhd., Datuk Che Azizuddin Che Ismail berkata ia melibatkan laluan biru yang bergerak dari satu kementerian ke satu kementerian lain pada waktu pejabat.

Manakala laluan kuning bagi kawasan perumahan dan laluan hijau sebagai pengangkutan awam untuk pelancong.

“Bas elektrik ini akan menggantikan 49 buah bas sedia ada yang menggunakan gas asli (NGV) dan sudah berusia 13 tahun. Faktor bekalan NGV yang semakin terhad turut mendorong bas NGV digantikan dengan bas elektrik.

“Menjelang 2025, Putrajaya dijangka memiliki 150 bas elektrik pelbagai jenis termasuk bas panjang dan bas mini yang akan dibawa masuk secara berperingkat mulai suku kedua tahun depan.

“Ini melibatkan kos RM200 juta,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara GETS Global dan Putrajaya Leisures and Services Group Sdn. Bhd. (Pulse Group).

Mengenai penggunaan bas di Putrajaya, Che Azizuddin berkata pada masa ini daripada 90,000 penduduk Putrajaya, hanya 50 peratus yang menggunakan pengangkutan awam.

“Penduduk Putrjaya dijangka mencecah 350,000 pada 2025. Dalam hal ini, GETS Global melihat bandar raya Beijing sebagai model yang mempunyai penduduk ramai dengan sistem pengangkutan awam yang efisien dan perlepasan karbon yang minima,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bas Elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangkok Sedia Bas Elektrik Percuma Untuk Pelancong

01/01/2023
1

BANGKOK – Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) menjalankan program yang menawarkan perkhidmatan bas elektrik percuma ke pasar terapung pada hujung minggu...

Rapid Bus Cuba Bas Elektrik Di Dua Laluan

06/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) memaklumkan sedang melakukan percubaan penggunaan bas elektrik dalam operasi perkhidmatan basnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd