• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Kelantan Tahan 3 Warga Thai Seludup Petrol

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menahan tiga lelaki warga Thailand selepas didapati cuba menyeludup keluar petrol di pintu sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Pasir Mas Isnin lepas.

Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata ketiga-tiga suspek yang berumur dalam lingkungan 40-an itu ditahan ketika masing-masing memandu kereta melalui pintu sempadan berkenaan antara 11.40 pagi dan 12 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua buah kereta Proton Saga masing-masing membawa 114 liter petrol dan 45 liter petrol manakala sebuah lagi kereta Proton Wira mengandungi 150 liter petrol menjadikan jumlah keseluruhan 309 liter petrol yang cuba diseludup,” katanya kepada pemberita di Stor Simpanan KPDNKK di sini, hari ini.

Ab Ghani berkata siasatan mendapati lelaki terbabit mengisi petrol di empat stesen minyak sekitar Rantau Panjang sebagai modus operandinya sebelum melintasi sempadan ke negara jiran melalui ICQS tersebut.

“Mereka mengubah suai tangki dan beberapa bahagian kereta berkenaan sehingga mampu memuatkan kira-kira 1,000 liter petrol,” katanya.

Ab Ghani berkata pihaknya percaya aktiviti berkenaan telah lama dilakukan suspek bagi mengaut keuntungan berikutan harga petrol lebih rendah di Malaysia berbanding di Thailand.

Beliau berkata dua lelaki terbabit didakwa di mahkamah di Pasir Mas hari ini dan masing-masing didenda RM10,000 dan RM7,000.

Beliau menasihatkan pengusaha stesen minyak supaya berkerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan kegiatan penyeludupan dibanteras.

Sementara itu, katanya dalam Ops Khas Bekalan bagi tempoh Januari lepas sehingga semalam, KPDNKK Kelantan mengesan 84 kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 membabitkan 47 kes bahan api, 35 kes makanan asas seperti gula, minyak masak dan tepung gandum, dan dua kes penyeludupan gas memasak (LPG) dengan nilai sitaan keseluruhan RM156,950. – BERNAMA

Tags: seludup petrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Wanita Tempatan Ditahan Cuba Seludup Petrol

14/07/2018
0

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Perak menahan dua individu termasuk seorang wanita warga tempatan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd