• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong, Pelawat Teruja Lihat Kolam Berwarna-Warni

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelancong dan pelawat yang mengunjungi sebuah pusat membeli-belah utama di sini teruja melihat kolam berwarna-warni yang dihasilkan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut Rabu depan.

Kolam besar beraneka warna di bahagian tengah Pavillion KL itu berukuran garis pusat 7.62 meter dan didiasi dengan biji-bijian beras berwarna-warni untuk menampakkan corak-corak kompleks yang melambangkan pelbagai simbol Deepavali seperti gajah, teratai dan burung merak.

Seorang pelancong dari Denmark, Peter Harrmark, 36, berkata ini kali pertama beliau melihat hiasan tradisional itu dan berasa kagum dengan kehalusan seninya.

“Pada mulanya, saya saya tidak menjangka ia dihasilkan daripada beras, saya tahu Malaysia akan meraikan sambutan Deepavali bulan ini tetapi saya tidak menjangka untuk menemukan (Kolam) ini di pusat membeli-belah, saya sangka saya perlu pergi ke mana-mana kuil atau tempat tertentu untuk menemukan kolam,” kata beliau kepada Bernama hari ini.

Ellise Cullen, 23 , dari Australia berkata beliau berasa bertuah melawat Malaysia semasa bulan perayaan kerana memberi peluang untuk meneroka budaya tempatan di negara ini.

“Saya melancong ke India tahun lepas semasa perayaan Deepavali dan beberapa perayaan lain di sana, tetapi saya tidak sabar untuk melihat bagaimana masyarakat Malaysia meraikan Deepavali,” katanya.

Sementara itu, pengurus besar Pavilion KL (Pemasaran), Kung Suan Ai berkata hiasan kolam itu bertujuan untuk menjadi platform bagi budaya dan seni yang dapat mencerminkan indentiti Malaysia serta memeriahkan sambutan semua perayaan di Malaysia.

“Deepavali adalah perayaan yang meraikan keindahan cahaya dan menyatukan kita bersama… perayaan ini menyatukan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan kaum dalam suasana yang indah lagi harmoni,” kata beliau.

Kolam itu dihasilkan oleh lebih 100 pelajar Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing dan akan dipamerkan mulai hari ini hingga 23 Oktober. – BERNAMA

Tags: kolam berwarna-warni
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd