• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuh Upahan Antara 800 Penjenayah Dikesan

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pembunuh upahan dipercayai antara orang yang tersenarai dalam lebih 800 penjenayah atau orang yang dikehendaki oleh Polis Kontinjen Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Fakri Che Sulaiman berkata daripada jumlah yang tersenarai itu, terdapat 13 individu yang dikategorikan terbabit dalam kes berat seperti bunuh, culik dan mendatangkan kecederaan.

Kesemua penjenayah ini sukar dikesan kerana sentiasa bertukar alamat, mengubah penampilan diri tetapi yang membimbangkan ialah mereka berada di kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mohd Fakri berkata polis sudah menjalankan operasi termasuk sekatan jalan raya bagi menahan mereka namun masih gagal.

Beliau berkata kes jenayah berlaku disebabkan adanya golongan berkenaan iaitu yang suka melakukan jenayah dan sebahagian daripada mereka ini biasanya sudah mempunyai rekod.

“Ada antara suspek yang dikehendaki ini bukan sahaja oleh polis Kelantan tetapi oleh polis negeri lain kerana turut melakukan jenayah di sana.

“Ada kes seorang lelaki yang dikehendaki ini dipercayai bertindak sebagai pembunuh upahan. Dia sekarang kemungkinan sedang bersembunyi dan akan menjalankan tugasnya sebaik keadaan reda,” katanya.

Mohd Fakri berkata gambar kesemua penjenayah akan ditempatkan di kawasan tumpuan awam seperti masjid dan balai polis.

“Kebanyakan penjenayah ini dipercayai amat agresif dan orang ramai dilarang sama sekali untuk cuba membuat tangkapan kerana boleh mendatangkan bahaya, cuma mereka diminta menyalurkan maklumat kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya sebelum ini terdapat seramai 1,086 penjenayah yang tersenarai tetapi 264 daripadanya berjaya ditahan dan digugurkan daripada senarai orang dikehendaki . – BERNAMA

Tags: ACP Mohd Fakri Che Sulaiman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd