• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ganti Rugi Naik Bagi Mangsa Operasi Di Selatan Thai

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kerajaan Thai bersetuju untuk menaikkan jumlah ganti rugi kepada mangsa yang cedera atau meninggal dunia tanpa disengajakan berikutan operasi keselamatan di selatan Thailand.

Jumlah ganti rugi itu dinaikkan kepada kira-kira 2 juta baht (RM250,000) daripada 500,000 baht (RM62,500) sebelum ini.

“Jumlah ini juga termasuk tabung pendidikan berjumlah 600,000 baht (RM75,000) bagi anak mangsa,” kata setiausaha agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) Supanat Sirantawineti di sini hari ini.

Menurutnya, jumlah baharu itu akan melibatkan 17 mangsa atau 10 kes selepas selesai siasatan menyeluruh yang mendapati mereka tidak terbabit dengan sebarang kumpulan militan.

Supanat memberitahu pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkaitan selatan Thailand yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Jen Prawit Wongsuwan di Rumah Kerajaan. Konflik di selatan Thailand sejak awal 2000 mengorbankan hampir 7,000 nyawa.

Sementara itu, beliau berkata pada keseluruhannya, keadaan keselamatan di selatan Thailand semakin baik dengan kes jenayah mencatatkan penurunan 60 peratus berdasarkan statistik polis. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Johor Dakwa PH Berkempen Dengan Sumber Yang Terhad

DAP Johor Dakwa PH Berkempen Dengan Sumber Yang Terhad

13/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching mendakwa jentera kempen Pakatan Harapan (PH) bergerak lebih perlahan berbanding Barisan...

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd