• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KD Pahang Hanya Mampu Ambil Satu Mayat Daripada Tiga – TLDM

oleh AK-47
02/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan daripada tiga mayat yang ditemui semalam, kapal TLDM KD Pahang hanya berjaya membawa naik satu daripadanya ekoran keadaan laut yang bergelora.

Panglima TLDM, Laksamana Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitternya @ChiefnofNavy memuatnaik dua gambar dari kapal KD Lekiu bagaimana keadaan laut yang berombak kuat dan cuaca sekitar kawasan pencarian yang mendung.

MENARIK – KD Pahang Temui 3 Mayat = Sudah 10 Semuanya Setakat Ini

“Dimaklumkan, daripada 3 mayat yang dijumpai KD Pahang semalam, 1 berjaya dinaikkan ke kapal pagi ini pada pukul 8.15, kerana laut bergelora.

TLDM_1

“Keadaan cuaca dan laut pada hari ini di kawasan pencarian – kurang baik, penglihatan pada jaran 5 batu nautika,” kata Abdul Aziz.

Menurut Abdul Aziz, sebuah helikopter jenis Fennec juga sentiasa bersiap-sedia untuk dikerahkan ke lokasi jika ada serpihan dan mayat ditemui.

Helikopter Fennec di atas kapal KD Lekiu. - Foto Twitter Panglima TLDM
Helikopter Fennec di atas kapal KD Lekiu. – Foto Twitter Panglima TLDM

Sementara itu, hari ini empat mayat, tiga wanita dan seorang lelaki telah diterbangkan ke Surabaya dari Hospital Imannudin di Pangkalan Bun.

Menurut sumber, kesemua empat mayat ditemui berpakaian lengkap ketika ditemui dan seorang mayat wanita yang ditemui turut memakai baju seorang pramugari AirAsia.

http://youtu.be/CoTY6TXpxTw

Hari ini merupakan hari kelima operasi pencarian diteruskan bagi mengesan saki baki mayat daripada 162 orang penumpang pesawat AirAsia itu yang hilang ketika dalam penerbangan menuju Singapura dari Surabaya.

Mayat yang ditemui akan dibawa ke Pangkalan Bun untuk dibersihkan sebelum kemudiannya dibawa ke Surabaya untuk tujuan forensik serta akan diserahkan ke ahli keluarga mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AirAsia Indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

23/07/2016
0

BALIK PULAU (Pulau Pinang) - Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka,...

Pesawat Trigana Air Terhempas Di Papua Bawa 6.5 Bilion Rupiah

17/08/2015
0

NAHAS pesawat Trigana Air milik Indonesia yang dilaporkan terhempas di satu kawasan pergunungan di Papua disahkan membawa sejumlah wang bernilai 6.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd