• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rokok Elak Cukai Bernilai RM60,000 Dirampas

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Polis daripada pasukan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) IPD Besut merampas sejumlah 2,500 karton rokok yang mengelak cukai bernilai RM60,000 di Jalan Besar Kampung Tempinis dekat Kampung Raja di sini, kira-kira 4.20 pagi tadi.

Rokok disimpan dalam 50 bungkusan besar yang ditemui dalam sebuah van kepunyaan sebuah syarikat pengangkutan beralamat di Temerloh, Pahang itu, dirampas apabila kenderaan itu tersekat di sebuah jalan mati dalam kebun getah dekat Kampung Tempinis setelah dikejar pasukan RCJ.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata sebelum kejadian, pasukan RCJ berkenaan yang sedang membuat pemantauan jenayah terserempak dengan sebuah van berwarna putih dalam keadaan mencurigakan dari arah Kampung Raja menuju ke Renek.

Beliau berkata pasukan RCJ mengekori van terbabit, namun pemandu dan kelendannya telah memecut sebelum membelok ke sebuah semak berdekatan kebuh getah tersebut.

“Van terbabit akhirnya tersadai di sebatang jalan mati di kebun getah berkenaan dan apabila menghampirinya, kedua pemandu dan kelendannya berjaya melarikan diri dan gagal dikesan”, katanya kepada pemberita di IPD Besut, Kampung Raja di sini hari ini.

Beliau berkata rokok dan van berkenaan kemudian ditunda ke IPD Besut untuk siasatan lanjut.

Mohd Zamri berkata siasatan awal mendapati rokok yang dipercayai mengelak daripada cukai itu dibawa masuk daripada sebuah negara jiran dan dalam perjalanan ke Pahang untuk diedarkan kepada peniaga.

Beliau berkata rokok buatan negara jiran itu akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Tags: Rokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd