• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Dera Mengadu Beberapa Kali Dipukul

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kanak-kanak yang ditemui diikat dan dirantai pada tong gas Khamis lalu pernah beberapa kali menghubungi bapa kandungnya untuk mengadu dia dipukul bapa tirinya.

Bapa kandung mangsa yang berusia 36 yang enggan dikenali berkata sebaik dimaklumkan tentang perkara itu oleh anaknya yang berusia 10 tahun itu, dia menghubungi bekas isterinya bagi mendapat kepastian tentang perkara berkenaan.

“Apabila saya tanya dia (bekas isteri), katanya biasalah sebab anak saya nakal sangat,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Dia yang bekerja sebagai penyelia sebuah pusat mencuci kenderaan di Melaka Tengah berkata, sebelum ini anak sulungnya yang berusia 16 tahun dan anak ketiganya yang berusia 10 tahun itu dijaga olehnya.

Namun bekas isterinya telah mengambil dua anaknya itu tanpa pengetahuannya ketika mereka ditempatkan di asrama sebuah sekolah tahfiz di Melaka tiga tahun lalu, katanya.

Bapa berkenaan melahirkan rasa syukur dan gembira kerana Mahkamah Khas Kanak-kanak telah memberikan hak penjagaan sementara ke atas anak ketiganya itu.

Dia berharap akan mendapat hak penjagaan tetap bagi membolehkannya menjaga anaknya serta dua lagi anaknya yang berusia 13 dan 16 tahun.

“Mereka ada nyatakan nak duduk bersama dan saya tiada masalah untuk menjaga, semuanya terpulang kepada mereka.

“Hari ini saya akan bawa balik anak ketiga saya terlebih dahulu ke Melaka, manakala abangnya akan menyusul selepas ini sebaik selesai peperiksaannya,” katanya yang turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan dengan isteri sekarang. – BERNAMA

Tags: mangsa dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

24/05/2025
0

BAYAN LEPAS: Tempoh reman terhadap bapa kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang disyaki didera, di sini, dilanjutkan sehingga 29 Mei...

Kanak-kanak 6 Tahun Jadi Mangsa Dera Bapa Kandung, Ibu Tiri

Kanak-kanak 6 Tahun Jadi Mangsa Dera Bapa Kandung, Ibu Tiri

12/10/2024
0

BAGAN SERAI - Seorang kanak-kanak lelaki mengalami luka hampir seluruh badan dipercayai didera bapa kandung dan ibu tirinya dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd