• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chalet Chongkak Park And Resort Ditutup Sebulan

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor terpaksa mengambil keputusan drastik menutup kesemua chalet di Chongkak Park and Resort di Hulu Langat selama satu bulan selepas dikecam teruk oleh pengunjung pusat rekreasi tersebut.

Tourism Selangor yang merupakan agensi pelancongan dibawah naungan Kerajaan Selangor dalam satu kenyataan media berkata, keadaan chalet di situ didapati memang tidak memuaskan dan kerja-kerja membaik pulih akan dilakukan di lokasi tersebut.

“Tourism Selangor mengambil maklum aduan orang ramai mengenai keadaan chalet di Chongkak Park and Resort, Hulu Langat serta memandang serius akan perkara tersebut.

“Tidak dinafikan chalet tersebut sememangnya berada dalam keadaan tidak memuaskan. Oleh itu, bagi menangani isu ini, kesemua chalet di Chongkak Park and Resort akan ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan, baik pulih dan proses menaik taraf berkuatkuasa serta-merta selama satu bulan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, Tourism Selangor membuat permohonan maaf terbuka kepada pengunjung Chongkak Park and Resort dan akan membayar pampasan yang sewajarnya kepada mereka.

“Kawasan rekreasi awam yang masih berada dalam keadaan baik dan diselenggara dengan baik dibuka kepada orang ramai serta beroperasi seperti biasa.

“Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-55132000 atau layari laman web www.tourismselangor.my,” kata Tourism Selangor. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chalet Chongkak Park And Resort
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd