• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boy Iman Direman Bantu Siasatan Kes Di Kubang Pasu

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Mahkamah Majistret Jitra di sini mengeluarkan perintah tahanan reman dua hari bermula hari ini ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah di sini membabitkan nilai RM30,000.

Turut direman, tiga orang lagi termasuk seorang wanita berumur lingkungan 30 hingga 45 tahun, masing-masing merupakan pengarah sebuah syarikat.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Abdul Hadi Hakimi Harun di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Noruliman, 37, yang juga pelakon dikenali sebagai Boy Iman, diwakili Peguam Ummi Kalthum Zakaria manakala Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Zuriah Mohd Nordin mewakili tiga individu berkenaan.

Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang Isnin lepas berkaitan siasatan kes penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Perintah tahanan reman ke atas pelakon itu hari ini, merupakan yang kelima selepas ditahan reman sebelum ini di Ampang dan Shah Alam di Selangor, Muar di Johor Baharu dan Sungai Petani, Kedah. – BERNAMA

Tags: Boy Imankes tipu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Farid Kamil, Boy Iman Ditarik Balik Gelaran Datuk

10/02/2021
0

KUANTAN - Pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman antara lima individu yang ditarik balik gelaran...

MED Nafi Terlibat Dalam Program Boy Iman

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) hari ini menafikan penglibatan dalam program Fingo Star anjuran Fingo (M) Sdn. Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd