• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM2.18 Juta Disalurkan Melalui BEEP Di Pahang

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sejumlah RM2.18 juta telah disalurkan oleh SME Corporation Malaysia kepada 15 syarikat melalui Program Peningkatan Keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera (BEEP) di Pahang setakat ini berbanding RM2 juta yang diperuntukkan untuk tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata kerajaan persekutuan sentiasa bersedia menambah bantuan yang berbentuk geran itu dalam usaha untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera.

“Program BEEP ini merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu usahawan bumiputera yang komited melalui perusahaan kecil dan sederhana dan mereka bukan sahaja mendapat bantuan pembiayaan, tetapi juga khidmat nasihat dan latihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran BEEP berjumlah RM1.2 juga kepada 10 syarikat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dilaksanakan di negeri ini sejak 2014 telah berjaya melahirkan 112 usahawan belia bumiputera yang menawarkan 245 peluang pekerjaan dan jualan terkumpul RM5.3 juta. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd