• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manuskrip Bukti Kewujudan Tamadun Melayu

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengumpulan, kajian serta tafsiran manuskrip Melayu perlu dipergiat bagi memastikan kelangsungan tamadun Melayu, sekali gus membina peradaban nasional Malaysia berlandaskan sumber asli dan tulen, kata seorang ahli akademik.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Malaysia Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata masyarakat Melayu kini kekurangan pakar yang boleh mengkaji manuskrip lama, memandangkan usaha itu banyak dilakukan oleh pusat-pusat kajian serta pakar-pakar di luar negara yang kini telah dimamah usia.

“Justeru, penting untuk memastikan bahawa kajian manuskrip Melayu itu menjadi tanggungjawab kita sepanjang masa, terutama kita di Malaysia yang masih berusaha keras membina sebuah bangsa, negara dan peradaban setelah berkuasa memerintah negara sendiri sejak 60 tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2017 di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini, hari ini.

Persidangan tiga hari itu yang bertema ‘Menjunjung Warisan Pusaka, Menjulang Peradaban Bangsa’ dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia Tan Sri Omar Mohd Hashim. Turut hadir Ketua Pengarah PNM Datuk Nafisah Ahmad .

Pada masa ini, terdapat lebih 4,800 manuskrip Melayu di PNM dan dipercayai 20,000 lagi di seluruh dunia.

Bercakap kepada Bernama selepas itu, Zainal berkata hanya selepas kemerdekaan negara, usaha menyelami manuskrip Melayu giat dilakukan oleh pengkaji dalam negara sebagai sebahagian usaha membentuk tamadun Malaysia.

“Pengajian sastera, bahasa dan budaya menjadi lebih kuat apabila Tun Abdul Razak memulakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukunegara. Pada masa itu, DEB beri satu confidence yang amat kuat untuk orang Melayu.

“Kita nak bina bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana dari bahasa kita mampu naik ke peringkat global. Itu yang mendorong untuk kaji dari semua sumber termasuk kebudayaan, antropologi, manuskrip, linguistik dan sastera,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal turut memuji penganjuran persidangan manuskrip Melayu oleh PNM yang dilihat sebagai usaha membina peradaban paling jitu dan bermakna dalam pembentukan tamadun Malaysia.

“Akhir-akhir ini, peradaban kita adalah manifestasi kesinambungan penerbitan hasil bertulis walau dalam apa bentuk sekalipun. Tulisan tangan atau tulisan siber, itu adalah petanda paling utuh tentang kewujudan sesuatu peradaban dan tamadun,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Prof Datuk Dr Zainal Kling
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd