• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adik Shafie Dipanggil SPRM, Reman Anthony Dilanjut

oleh
11/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Setelah menyerbu rumah Hamid Apdal, adik bekas menteri Kabinet itu hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pagi Selasa.

Media tempatan melaporkan, SPRM memanggil Hamid yang juga adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah tersebut bagi membantu siasatan agensi berkenaan terhadap kes penyelewengan dana mega di negeri itu.

Sebelum itu sepasukan penyiasat SPRM menyerbu kediaman Hamid di Taman Bersatu, Petagas dekat sini jam 9 malam Isnin namun beliau secara kebetulan tiada di rumah dan tiada sebarang rampasan dilakukan di situ.

Menurut sumber, Hamid tiba di pejabat SPRM Sabah pagi ini bersama-sama dengan beberapa rakan lain bagi memberi keterangan berhubung isu dana RM179 juta yang telah dibekukan suruhanjaya itu setakat ini.

Ia juga dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan skandal penyelewengan RM1.5 bilion peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang ‘ghaib’ tanpa dapat dikesan antara tahun 2009 hingga 2015 lalu.

“SPRM cuma mengambil keterangan untuk dirakamkan. Belum diketahui sama ada beliau akan ditangkap atau tidak,” kata sumber tersebut. Proses siasatan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, SPRM berjaya mendapatkan lanjutan reman sebanyak tiga hari lagi terhadap Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony, 46, juga bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana berkenaan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus turut melanjutkan tempoh reman empat hari terhadap ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52, yang ditahan bersama-sama Peter berhubung siasatan skandal korupsi berprofil tinggi tersebut.

Kedua-dua mereka sebelum ini direman pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan terhadap dana RM179 juta yang dibekukan daripada beberapa akaun kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes songlap RM1.5 bilion.

Jumlah tersebut merupakan peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diseleweng antara 2009 hingga 2015 ketika Shafie menjadi menteri terbabit sebelum keluar daripada UMNO pada tahun lalu.

Setakat ini, Ahli Parlimen Semporna itu menafikan beliau pernah terlibat sama dalam skandal berkenaan dan menyifatkan siasatan tersebut konon sebagai bermotifkan politik pihak musuh. – Agensi/Myewshub.cc/HAA

Tags: Shafie ApdalSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd