• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Ketua Pemuda Ditahan Kes Seleweng Dana KKLW

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar dan Tawau, Ariffin Kassim ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin.

Ia bagi membantu siasatan kes seleweng dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk projek-projek prasarana asas di Sabah yang dipercayai melibatkan RM1.5 bilion.

Turut ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut ialah Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd Azis Jamman.

Jamawi dan Mohd Azis ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu manakala Ariffin di pejabat suruhanhaya tersebut di Tawau.

Penahanan mereka disahkan Timbalan Ketua Persuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Khamis lalu, SPRM telah menahan Naib Presiden Parti Warisan iaitu Datuk Peter Anthony yang merupakan seorang ahli perniagaan dan juga bekas Timbalan Setiausaha Bahagian di kementerian tersebut.

Setakat ini, dalam siasatan kes berkenaan, SPRM telah merampas RM180 juta daripada jumlah keseluruhan dana projek tersebut.

Jamawi merupakan bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Shafie Apdal semasa beliau masih memegang jawatan Menteri Kementerian kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau juga memikul jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO.

Mohd Azis Jamman ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna,yang merupakan  bahagian yang diketuai Shafie sebelum beliau menubuhkan Parti Warisan Sabah pada 17 Oktober 2016. – MYNEWSHUB.CC

Tags: parti warisan sabahSeleweng WangShafie ApdalSPRM
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd