• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dilapor Hilang Selepas Tinjau Hutan Simpan Lebir

oleh Ahmad Albab
10/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI berusia 63 tahun hilang di Hutan Simpan Lebir, Kampung Aring 8, Gua Musang selepas meninjau kawasan itu untuk dibuat sempadan, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa dikenali sebagai Akok disedari hilang oleh dua penduduk Orang Asli yang menemaninya.

Orang Asli terbabit, Pandu Amat, 45, berkata, dia bersama mangsa dan anak lelakinya, Azerin, 20, memasuki kawasan hutan itu kira-kira jam 2.30 petang dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat jenis Toyota Hilux.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia dan mangsa berpecah untuk meninjau kawasan hutan terbabit.

“Selepas meninjau kawasan itu, saya dan anak berjalan semula ke kenderaan yang ditinggalkan sejauh 3 kilometer.

“Bagaimanapun sebaik tiba, saya dapati mangsa masih belum tiba dan terpaksa menunggu hingga malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua barang milik mangsa masih berada di dalam kenderaan pacuan empat roda itu.

“Selepas usaha mencari mangsa gagal, saya membuat laporan di Balai Polis Paloh pada 8.36 malam tadi (semalam),” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada 10 malam, semalam.

“Tiga anggota bomba bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis melancarkan gerakan mencari mangsa bermula jam 10.10 pagi ini.

“Bagaimanapun sehingga kini, mangsa masih belum ditemui,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Abdullah Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan operasi mencari sedang dijalankan. – Harian Metro

Tags: HILANGhutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd