• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kassim Ahmad, Aktivis Sosial Terkenal Meninggal Dunia

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAGI ini, bekas cendekiawan Islam dan aktivis politik tempatan, Kassim Ahmad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10 pagi tadi di Hospital Kulim, Kedah.

Allahyarham yang berusia 84 tahun itu dikatakan telah menjalani rawatan untuk jangkitan paru-paru serta injap jantung tersumbat di hospital berkenaan sejak 16 September lalu.

Menurut anaknya, Ahmad Shauqi, bapanya sebelum ini sudah uzur serta berkerusi roda, mengalami tekanan ekoran sering naik turun ke mahkamah kerana didakwa dalam kes hina ajaran Islam.

“Ayah ada minta untuk keluar hospital kelmarin tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

“Kesihatan ayah memang semakin merosot sejak akhir-akhir ini, namun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya dipetik daripada Berita Harian.

Kassim sangat terkenal menerusi karya “Hadis: Satu Penilaian Semula” yang merupakan sebuah kajian ke atas kewibawaan hadis Rasulullah SAW sebagai sumber Islam namun karya itu diharamkan kerajaan pada 1986.

Beliau merupakan salah seorang aktivis sosialis di Malaysia dan pernah memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia, bersama Dr. Syed Hussin Ali sebelum parti itu bergabung dengan Parti Keadilan Nasional untuk menjadi PKR.

Terdahulu, pada tahun 1976, beliau pernah ditahan tanpa perbicaraan mahkamah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama lima tahun.

Sekitar tahun 2014, Kassim pernah juga didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya kerana kenyataannya yang menghina Islam menerusi satu seminar diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Namun, pada 7 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah membebaskan serta melepaskan Kassim selepas tuduhan hina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ditarik balik.

Pihak pendakwaan juga telah meminta agar kes kontroversi terhadap cendekiawan tersebut ditangguhkan kerana tiada pelantikan ketua pendakwa raya syariah.

Jenazah Kassim dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kulim, petang ini. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: cendekiawan IslamKassim Ahmadmeninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd