• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Alukan Kerjasama Francais Tempatan

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan sentiasa mengalu-alukan mana-mana syarikat francais tempatan yang berminat untuk mengembangkan industri francais negara sekali gus memperkenalkan lagi produk keluaran Malaysia di luar negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ini kerana usaha menubuhkan syarikat francais yang baharu bukan mudah tetapi sekiranya kerajaan dapat bekerjasama dengan syarikat francais sedia ada, maka, usaha meluaskan produk tempatan adalah lebih mudah dilakukan.

“Kementerian melihat program membangunkan francais adalah seperti program membangunkan jenama-jenama tempatan, dalam erti kata lain membantu peniaga-peniaga tempatan dan menggalakkan pengusaha-pengusaha yang baharu.

“Usaha ini perlu dipertingkatkan memandangkan produk keluaran negara ini semakin mendapat tempat di seluruh dunia. Sehingga kini, 65 jenama keluaran Malaysia telah dipasarkan di 4,271 cawangan di 66 negara, antaranya melibatkan produk makanan, pendidikan, sukan dan permainan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Latihan Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) milik pengendali restoran makanan segera jenama Malaysia, Marrybrown Sdn Bhd (Marrybrown) di sini hari ini.

Turut hadir Pengasas dan Pengarah Urusan Marrybrown Datin Nancy Liew dan Pengerusi Marrybrown Datuk Lawrence Liew.

Tambahnya, kementeriannya akan terus menjalin kerjasama rapat dengan industri francais di negara ini termasuk membantu usaha mempromosi produk keluaran Malaysia di luar negara.

Hamzah berkata di negara maju, industri francais bukan sahaja dapat meningkatkan lagi perolehan syarikat malah turut mampu berkembang dengan pantas sekali gus menjadi pemangkin kepada perkembangan produk-produk francais yang lain.

Menurutnya, kementeriannya juga sedang mengenal pasti potensi untuk mengembangkan perniagaan francais melalui penggunaan khidmat food truck.

Sementara itu, Nancy berkata Marrybrown kini mempunyai 350 cawangan di 16 negara termasuk Singapura, China, India, Brunei, Maldives dan pihaknya menjangkakan pembukaan sebanyak 10 cawangan baharu di seluruh negara sebelum penghujung tahun ini.

Beliau berkata, pusat latihan QSR berkenaan telah mula beroperasi sejak awal tahun ini dan kini mempunyai lebih 300 pelajar dan 20 tenaga pengajar mahir. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainudin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Hamzah Nafi Dakwaan Azmin, Tetap Balik Larut

06/05/2018
0

LARUT - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menyelar Menteri Besar Selangor Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd