• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Tentera Thai Maut Dalam Serangan Bom

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NARATHIWAT – Seorang anggota tentera Thai maut manakala seorang lagi cedera apabila sebutir bom seberat 20kg meletup ketika mereka melakukan rondaan di Bachok, Narathiwat hari ini.

Kedua-dua anggota tentera terbabit sedang meronda di Jalan Kampung Cuwo-Gajah Mati di daerah itu apabila bom yang diletak di tepi jalan meletup kira-kira 6.30 pagi waktu tempatan.

“Ketika serangan bom itu berlaku, anggota tentera berkenaan bersama enam rakan mereka sedang melakukan rondaan keselamatan menaiki empat motosikal,” kata Ketua Polis Daerah Bachok, Kol. Pattah Madawa kepada pemberita hari ini.

Pihak polis percaya bom buatan sendiri itu diaktifkan menggunakan walkie talkie, kata beliau dan menambah, kedua-dua anggota tentera terbabit dikejarkan ke Hospital Bachok untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Pattah, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan itu. – BERNAMA

Tags: serangan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

01/10/2022
0

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan meningkat kepada 35 orang....

2 Maut, 38 Cedera Serangan Bom Di Myanmar

02/02/2022
0

YANGON : Dua terkorban, manakala 38 cedera dalam serangan bom tangan pada perhimpunan pro-tentera di timur Myanmar semalam, seorang pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd