• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cederakan Lelaki Guna Parang, Penjual Gas Didakwa

oleh AK-47
09/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penjual gas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan cedera parah terhadap seorang lelaki menggunakan parang, Mei lalu.

Yap Chuan Aik, 45, didakwa menyebabkan cedera parah ke atas T. B. Sridharan, 18, menggunakan sebilah parang yang boleh menyebabkan kematian, di sebuah rumah di Jalan 9A, Taman Kepong, di sini pada 2 pagi, 27 Mei lalu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi sehingga perbicaraan selesai, bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Mak Kah Keong memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga selain menghidap penyakit jantung.

“Anak guam saya juga pernah menjalani pembedahan pintasan jantung dan masih mendapatkan rawatan di hospital sehingga kini,” kata peguam itu.

Hakim Zaman Mohd Noor membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi sehingga perbicaraan selesai.

Zaman menetapkan 24 Nov untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Johor Dakwa PH Berkempen Dengan Sumber Yang Terhad

DAP Johor Dakwa PH Berkempen Dengan Sumber Yang Terhad

13/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching mendakwa jentera kempen Pakatan Harapan (PH) bergerak lebih perlahan berbanding Barisan...

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd