BANGKOK – Lapan orang cedera selepas mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi di utara Bangkok meletup, lapor agensi berita China Xinhua pada Isnin.
Kejadian berlaku di La-ong Fong Laundry, di Jalan Chaeng Wattana, daerah Pak Kret, Nonthaburi kira-kira 25 kilometer di utara Bangkok, kesemua mangsa dikejarkan ke hospital.
Letupan mengakibatkan serpihan besi dan beberapa objek lain berterbangan selain menyebabkan sebahagian peralatan di kedai dobi berkenaan rosak. – BERNAMA