• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 20 Lelaki Didakwa Anggota ‘Geng Pak Su’

oleh Ahmad Albab
09/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 20 lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang ‘Geng Pak Su’, yang aktif dalam kegiatan penyeludupan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand, antara 2015 hingga tahun ini.

Kesemua tertuduh mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Amernudin Ahmad.

Namun, tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh.

Mereka ialah Fairus Hafiz Mohd Yusoff, 24, M. Murugan, 36,; Rosli Ariffin, 40, Sariman Idris, 42, Mohd Norhizam Zamzuri, 29, Faizol Sobri Romli, 29, Amirul Ashraf Hussain, 20, Muhamad Ashraf Aziz, 23, dan Faizal Azlyshah Romli, 33.

Selain itu, Aziz Othman, 56, Muhamad Asrun Amir Hussain, 23, Muhammad Luqman Hakim Zainal, 18, Nur Arif Norzaidi,19, Muhamad Amir Daud, 22, Norhasrul Izwan Noraini, 33, Joni Yakub, 37, Zamzuri Aziz, 22, Shamsol Long, 45, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, dan Mohd Rozaidi Sabu, 26.

Kesemua mereka dituduh menyertai kumpulan jenayah terancang itu antara 1 Januari 2015 hingga tahun ini di daerah Kubang Pasu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara lima sehingga 20 tahun.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 November ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dan Mohd Izhanudin Alias manakala hanya Aziz diwakili peguam G. Ravishankar. – BERNAMA

Tags: mahkamahseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd