• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Mata Selepas Dermakan Organ Anak

oleh Ahmad Albab
09/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang pemandu teksi, A. Tiruna, menyedari nilai sebenar menyelamatkan nyawa orang lain selepas organ anaknya didermakan pada tahun lalu.

Tiruna, 50, berkata dia dan isterinya sedih dengan pemergian anak sulungnya, T. Kirana Arasu, 20, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada November tahun lalu.

“Kami memutuskan untuk mendermakan organnya walaupun kami tidak berapa tahu sangat mengenai prosedur itu. Ramai yang menyokong tetapi ada juga membantah.

“Kami terima surat daripada Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC) yang memberitahu organ dan tisu anak saya boleh menyelamatkan dan membantu lebih banyak nyawa,” katanya pada Minggu Kesedaran Pendermaan Organ.

Menurut Tiruna, kurangnya kesedaraan umum mengenai derma organ dan bagaimana ia dapat membantu menyelamatkan nyawa.

“Saya dan isteri memutuskan untuk menjadi penderma organ. Kami mahu memberi galakan kepada orang ramai supaya menjadi penderma organ,” katanya.

Majlis itu dianjurkan oleh Pusat Transplan Kebangsaan di Hospital Penang dengan kerjasama St. John Ambulance Pulau Pinang.

Pengarah pusat tersebut, Datuk Dr. Zahari berkata, walaupun jumlah penderma organ meningkat tetapi jumlah sebenarnya menurun sejak beberapa tahun.

“Berdasarkan statistik dari (NTRC) pada 31 Julai, seramai 393,221 yang mendaftar berikrar untuk menjadi penderma organ, sebaliknya jumlah penderma yang sebenar berkurangan.

“Pada 2015, hanya 71 organ yang didermakan, 39 organ pada 2016 dan untuk tahun ini hanya 17 organ didermakan.

“Kebanyakan keluarga penderma tidak mengetahui sekiranta anak mereka adalah salah seorang daripadanya maka pengebumian dijalankan tanpa pengetahuan pihak hospital.

“Bila mereka mahu menjadi penderma organ, mereka perlu memberitahu keluarga.

“Inilah merupakan salah satu punca terdapat jurang perbezaan yang besar antara pengikrar untuk mendermakan organ dan penderma yang sebenar,” katanya. – The Star Online/mStar Online

Tags: derma organibu-bapa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jatuh Cinta Seni Tulisan Tangan Tok Guru

Next Post

Tangisan Kanak-Kanak Jumpa Bapa Kandung

Related Posts

Anak Jadi ‘Burung Hantu’ Sepanjang PKP

04/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Kedua-dua anak Mary seolah-olah jadi seperti 'burung hantu' dalam tempoh lebih 50 hari kebelakangan ini dengan berjaga...

Adilkah Bayar Yuran Penuh Taska Sepanjang PKP?

27/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Taska atau pusat asuhan kanak-kanak yang masih meminta bayaran yuran penuh meskipun ibu bapa tidak dapat menghantar...

Next Post

Tangisan Kanak-Kanak Jumpa Bapa Kandung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd