• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Roboh Rumah: Azmin Tak Tahu Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menyifatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak tahu undang-undang apabila menuding jari kepadanya berhubung isu meroboh tiga rumah dan dua rumah kedai di Subang pada Rabu lepas.

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata kerja-kerja merobohkan rumah dan kedai tersebut dijalankan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

“Kalau penguat kuasa (PBT) di bawah kementerian, saya sudah telefon jangan roboh, selesai dahulu masalah rumah penghuni.

“Walaupun ada arahan dari mahkamah untuk robohkan, tetapi kita tolonglah rakyat untuk selesaikan masalah, bukannya terus roboh lepas itu baru fikir bagaimana hendak beri rumah kepada penghuni,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Badan Pengurusan Strata di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata Noh yang sepatutnya menghalang kerja-kerja merobohkan rumah dan kedai berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah itu kerana tanah tersebut adalah milik kerajaan Persekutuan.

Noh berkata isu tersebut bukan soal pemilikan tanah tetapi mengenai pihak yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja meroboh iaitu PBT.

Bagi meringankan beban 17 penghuni terbabit, katanya beliau telah memberi kelulusan segera supaya mereka dipindahkan ke rumah dan kedai baharu.

“Selasa ini (10 Oktober) saya akan berikan kunci rumah dan kedai di tempat saya. Hendak harap kerajaan negeri, dia cakap saja… saya akan buat,” katanya.

Noh bagaimanapun enggan mengulas mengenai rumah dan dan kedai yang bakal diberikan kepada penghuni tersebut dan akan memberitahu mengenainya semasa penyerahan kunci kelak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin AliNoh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

Kerajaan Alami ‘Denial Syndrome’, Masih Ada Golongan Miskin Di Selangor – Azmin Ali

Kerajaan Alami ‘Denial Syndrome’, Masih Ada Golongan Miskin Di Selangor – Azmin Ali

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keterujaan kerajaan mengumumkan kemiskinan di Selangor telah dinoktahkan dan mencapai peratusan sifar adalah tidak tepat serta memperlihatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd