• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol: Jurulatih Digantung, Atlet Dikecuali Program

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurulatih yang didakwa merogol seorang atlet penerjun wanita digantung tugas manakala atlet terbabit pula dikecualikan daripada mengikuti sebarang program skuad kebangsaan sehingga kes itu selesai.

Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tertutup antara ASUM dan Majlis Sukan Negara hari ini.

“ASUM tidak boleh mengulas lanjut kerana boleh mengganggu siasatan polis. ASUM bersetuju dengan penggantungan tersebut,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Pada 1 Oktober lalu, satu laporan polis dibuat terhadap jurulatih warga China berusia 35 tahun tersebut yang didakwa merogol seorang atlet penerjun wanita dalam kejadian 26 September di Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini.

Jurulatih itu ditangkap pada 2 Oktober dan kes disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaaan. Lelaki itu kemudian ditahan reman selama lima hari sehingga hari ini sebelum dilanjutkan lagi sehingga 11 Oktober ini.

Menurut Shahidan mesyuarat selama dua jam itu turut membincangkan perkembangan seorang atlet terjun yang juga pemegang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dilaporkan gagal ujian doping.

Keputusan awal ujian doping tersebut mendapati atlet terbabit mengambil bahan terlarang jenis sibutramine yang kebiasaannya terdapat dalam produk pelangsingan badan.

“Sebarang nama dan pengenalan atlet tersebut pihak ASUM tidak dapat dedahkan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA),” katanya. – BERNAMA

Tags: kes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd