JANNA Nick, nama yang tak asing lagi daripada industri hiburan masa kini. Kontroversi ‘bercium’ dengan hero pujaan Malaya, Fattah Amin juga turut memberi kesan kepada kariernya.
Gadis manis kelahiran negeri jelapang padi, Kedah ini bakal muncul dengan drama baharu bertajuk Dia yang bakal ditayangkan pada 14 Oktober ini.

Ketika ditemui Media Hiburan ketika majlis pelancaran drama itu bertempat di One Utama, Janna menjelaskan mengenai scene tersebut. Ia bukan bertujuan bagi menunjukkan rasa kegersangan, tapi lebih kepada babak komedi.
“Rakaman video diambil pada jarak jauh dan secara tak langsung menampakkan kami bercium. Tapi kalau dari suduh kamera sebenar, kami sebenarnya berdiri dengan jarak lebih kurang 10 sentimeter.
“Kami langsung tak bercium langsung. Coffee Prince sebenarnya menceritakan seorang ‘lelaki’ yang menyukai seorang lelaki lain dan watak ‘lelaki’ itu dilakonkan saya sendiri,” katanya dipetik Media Hiburan.
Bagi Janna sendiri, dia tidak akan pernah melakukan perkara yang boleh merosakkan namanya sendiri. Tambah Janna lagi, dia tidak mahu ulas panjang mengenai isu itu kerana Coffee Prince masih belum ditayangkan lagi di kaca tv.

Walaupun isu itu timbul kerana silap rakan baiknya sendiri, Fara Mendoza, Janna langsung tidak menyalahkan rakannya itu. Malah dia menolak andaian netizen kononnya Fara berbuat demikian kerana ingin menjatuhkannya.
“Kami tak tahu waktu dia upload, tapi kami tak minta dia padam Instastory tu sebab tak sangkanakan viral (tular) macam ni.
“Bagi saya kalau Fara nak menjatuhkan saya, ada banyak lagi video yang boleh dia muat naik. Saya bukan pelakon yang suka kontroversi macam ni, ” tambah pelakon muda berumur 22 tahun itu.
Dalam usia yang masih lagi muda ini, Janna lebih pentingkan kerja dan dia tidak mahu ‘menjual’ kontroversi murahan.
Selagi dia menjaga etika, sikap serta disiplin dalam kerjaya, dia tidak mahu ambil pusing dengan kontroversi lain yang terpalit dengan dirinya.
Apa yang lucunya adalah apabila Janna menolak sekerasnya mengenai isu ‘bercinta di set’ yang selalu dikaitkan dengan Fattah. Garang betul Janna bab ni kan.

“Kalau sebelum ni Fattah selalu dikaitkan dengan heroinnya, saya nak buktikan bahawa saya adalah orang pertama yang berlakon dengan dia tapi tak bercinta dengan Fattah, “ujarnya sambil ketawa.
Bagaimanapun aktres ini turut mengakui bahawa senang bekerjasama dengan hero drama popular Pencuri Hati Mr. Pilot itu.
Harapnya lepas ni dah tak ada lah gosip mengenai artis disebabkan kesilapan orang lain. Akibat kesilapan orang lain, orang yang tak bersalah pula yang terkena. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah