• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JR Plus Bela Rakyat Tanpa Pilih Fahaman Politik

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jalinan Rakyat (JR) Plus memainkan peranan penting membela rakyat terutama dalam menyalurkan segala permasalahan rakyat kepada kerajaan tanya memilih fahaman politik, kata Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata walaupun JR Plus suatu mekanisme di bawah UMNO dan Barisan Nasional (BN), semua rakyat diberi peluang sama rata meluahkan masalah mereka untuk disampaikan kepada pemimpin tanpa mengira pegangan politik mereka.

“Jentera JR Plus perlu mesra rakyat kerana mereka bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan agar pemasalahan yang dihadapi oleh rakyat sampai terus ke telinga kerajaan.

“Asas perjuangan utama JR Plus adalah untuk membela nasib rakyat dan dalam menjalankan tugas tersebut mereka (JR Plus) perlu turun bertemu dengan rakyat tanpa mengira musim,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran JR Plus Wanita UMNO Negeri Melaka di Bukit Katil di sini disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan turut hadir bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil.

Sementara itu, Idris berkata UMNO Negeri Melaka akan memberi sokongan penuh usaha JR Plus Negeri Melaka dalam menjalankan tugas mereka menemui pengundi-pengundi bagi memastikan kemenangan calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Beliau berkata UMNO Melaka juga mengiktiraf Wanita UMNO bukan sebagai sayap parti tetapi lebih sebagai tulang belakang kepada parti dan jentera utama parti bagi memastikan kemenangan kepada BN.

“Kita akan membantu dalam memastikan bahawa Wanita UMNO mendapat kelengkapan yang cukup bagi menjalankan tugas mereka bukan hanya di peringkat gerak kerja ke arah pilihanraya tetapi sehingga hari mengundi nanti,”katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding jawatan...

Shahrizat Tidak Pertahan Jawatan Ketua Wanita UMNO

06/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd