• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Data Cuaca Perlu Dikaji Semula – Wan Junaidi

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Fakta dan data yang disimpan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) kini sudah tidak lagi relevan dan kajian semula yang menyeluruh perlu diadakan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata paten cuaca dan taburan hujan semasa kini sudah berubah di mana kawasan yang dahulunya tidak dilanda banjir kini mengalaminya.

Katanya beliau telah mengarahkan JPS, Jabatan Meterologi Malaysia dan National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM) menjalankan kajian semula yang dijangka siap pertengahan November ini sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

“Walaupun sekiranya dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan tidak terdapat peruntukan khas untuk mengatasai masalah banjir, namun saya berharap masalah banjir diberi perhatian oleh pihak kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran projek kecil luar bandar berjumlah RM247,920 kepada 71 pertubuhan dan persatuan, di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata musim hujan sudah bermula di seluruh Malaysia dan Indonesia, manakala kuantiti hujan turut meningkat yang merupakan petanda awal akan berlaku banjir.

Wan Junaidi berkata beliau telah meminta Majlis Keselamatan Negara serta agensi berkaitan agar bersiap sedia dan segera bertindak dalam memberi bantuan kepada mangsa sekiranya berlaku banjir.

Sementara itu mengenai pilihan raya umum ke-14 (PRU14), beliau yang juga Anggota Parlimen Santubong menyatakan hasrat untuk mempertahankan kerusi tersebut.

“Saya akan patuh kepada keputusan pucuk kepimpinan BN (Barisan Negeri) negeri dan pusat. Sekiranya ketua menteri dan perdana menteri bersetuju untuk saya dicalonkan semula, saya akan patuh,” katanya.

Beliau berkata beliau masih mendapat sokongan kuat pengundi dan telah berlaku banyak pembangunan di kawasannya.

“Malah pembangunan yang kerajaan bawa ke kawasan pilihan raya Santubong sejak saya menjadi wajil rakyat melebihi daripada yang dijangka,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd