• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kulim Sasar 500 Pengikrar Derma Organ Baharu

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Kempen Jalanan Satu Ikrar Sejuta Harapan bersempena dengan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Daerah Kulim menyasarkan sekurang-kurangnya 500 pengikrar baharu.

Pengarah Hospital Kulim, Dr Fauziah Abdul Wahab berkata sasaran itu realistik memandang pada tahun lepas daerah Kulim berjaya menarik lebih 300 pengikrar dalam pelbagai kempen yang dijalankan oleh pihak hospital serta sukarelawan daripada badan bukan kerajaan (NGO).

“Setakat 2016, daerah Kulim mempunyai seramai 1,288 pengikrar dan kita berharap, jumlah ini akan meningkat pada tahun ini memandangkan jumlah senarai menunggu untuk menerima organ di Malaysia adalah seramai 21,513 orang sehingga Januari 2017,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen itu di Taman Tasek Putra di sini hari ini.

Katanya, dengan kadar kemalangan di Malaysia yang mencatat sehingga 7,000 kes setiap tahun dengan andaian 10 peratus daripada mangsa kemalangan ini telah berikrar sebagai penderma organ, pesakit dalam senarai penerima tidak perlu menunggu lama untuk menerima organ.

“Disebabkan itu, amat penting kesedaran mengenai pendermaan organ dan tisu ini dilakukan secara besar-besaran seperti dilakukan di luar negara yang mana ada negara yang mewajibkan penduduknya berikrar sebagai penderma organ.

“Saya yakin stigma negatif terhadap pendermaan organ selepas meninggal dunia kini juga semakin berubah memandangkan ramai mula sedar tentang kepentingan isu ini terutama di Kulim,” katanya.

Dr Fauziah juga menasihatkan mereka yang berikrar menderma organ untuk memaklumkan tujuan mereka kepada keluarga masing-masing bagi memudahkan proses pemindahan organ setelah meninggal dunia kelak.

Dalam masa yang sama, anggota keluarga serta masyarakat perlu bersikap terbuka dalam memberi kebenaran untuk menjalankan prosedur selepas kematian penderma kerana proses perolehan organ dilakukan oleh pasukan pakar bedah dan tidak akan menyebabkan kecatatan pada tubuh badan penderma. – BERNAMA

Tags: derma organ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syukur Rezeki Lancar Berkat Derma Hati

31/05/2018
0

KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail dianggap hero Malaysia atas keberaniannya mendermakan sebahagian hatinya kepada pesakit bengkak...

Buka Mata Selepas Dermakan Organ Anak

09/10/2017
0

GEORGE TOWN - Seorang pemandu teksi, A. Tiruna, menyedari nilai sebenar menyelamatkan nyawa orang lain selepas organ anaknya didermakan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd