• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri, 2 Anak Ditemui Mati Dalam Rumah

oleh Ahmad Albab
07/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka ditemui mati di rumah mereka di Jalan Utama 41, Rini Residence, Mutiara Rini, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamad berkata R. Pubalan, 52, ditemui mati tergantung dengan kain putih di siling sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

Manakala anak lelakinya P. Sharveen, 14 dan anak perempuannya, P.Krishna, 9, ditemui bersama di dalam bilik berasingan dengan kesan jerutan.

Isteri Pubalan, P.Jeya, 46, yang difahamkan sakit dan menjalani rawatan hemodialisis, pula ditemui mati di atas katil berhampiran ruang tamu rumah berkenaan, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Noor Hashim berkata polis menerima laporan kejadian di rumah teres dua tingkat itu kira-kira 2.30 petang tadi daripada seorang lelaki iaitu rakan Pubalan selepas pergi ke rumah tersebut.

Rakan Pubalan memasuki rumah tersebut selepas menemui sekeping nota bertulis rumah tidak dikunci yang diletakkan di cermin hadapan kereta Pubalan yang bekerja sebagai pemborong minuman keras.

Beliau berkata selain menemui kesemua mayat, pasukan polis yang menjalankan siasatan di rumah itu turut menemui sekeping nota wasiat di atas meja solek di dalam bilik Pubalan.

Katanya, polis, bagaimanapun, tidak menemui sebarang alat yang digunakan untuk menjerut kedua-kedua anak pasangan itu.

“Setakat ini kita tidak nampak kes ini ada kaitan dengan orang luar,” katanya.

Menurut Noor Hashim, mayat sekeluarga itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut. – BERNAMA

Tags: bunuh diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd