• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Menteri Cemerlang” – Shafie Ulas Skandal KKLW

oleh
08/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS… Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan kenapa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat dakwaan seleweng dana untuk projek luar bandar di Sabah sekarang.

Sebaliknya bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2009 hingga 2015 itu mempertikaikan kenapa siasatan suruhajaya tersebut tidak pula dilakukan ketika beliau masih berkhidmat sebagai anggota Kabinet dahulu.

“Jangan cakap semua syarikat ini milik saya… come on lah,” kata Shafie yang merupakan Presiden Parti Warisan Sabah, menggantikan nama Parti Pembangunan Warisan Sabah selepas ‘keluar’ daripada UMNO tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna mendakwa bahawa konon tahap prestasinya semasa menjadi menteri Persekutuan adalah cemerlang malah mendapat pujian dari Perdana Menteri pada tahun 2009, 2012 dan 2013.

Ditemui wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang Jumaat, Shafie berkata setakat ini pihak SPRM belum lagi menghubunginya namun beliau sedia membantu siasatan kes korupsi itu jika dipanggil.

Shafie juga menafikan ada kaitan dengan syarikat-syarikat yang kini sedang disiasat SPRM dalam kes itu yang menyaksikan penyelewengan peruntukan dana RM180 juta berkaitan projek prasarana luar bandar di Sabah.

Setakat ini SPRM telah tahan reman tiga orang termasuk Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony dan ahli perniagaan Yu Sin Kong di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki hari ini mengesahkan, RM1.5 bilion daripada RM7.5 bilion dana yang disalurkan ke Sabah melalui sebuah kementerian diselewengkan dari 2009 hingga 2015.

Ini mencetuskan spekulasi ‘cakap politik kedai kopi’ kononnya kes tersebut bakal melibatkan Shafie sendiri yang kebetulan merupakan menteri bertanggungjawab pada ketika tempoh itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Shafie ApdalSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd