• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lengan Farahdhiya Kena Cengkam Remaja 19 Tahun

oleh
08/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERNAH popular dengan lagu Bertakhta Di Hati, Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin mungkin satu nama yang tidak asing lagi di pentas muzik tempatan.

Terdahulu, penyanyi dan pelakon ini pernah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen mengenai kontroversi beliau menerima gambar lucah daripada remaja bawah umur.

Baca: ’16 Tahun Dah Berani Hantar Gambar Lucah’ – Faradhiya

Terbaharu, pelakon ini dilaporkan telah dikasari oleh seorang remaja berumur 19 tahun ketika menjalani sebuah penggambaran bagi menjayakan program realiti siaran Astro Ria.

Bagaimanapun, Farahdhiya memberitahu pihak media bahawa tiada sebarang kecederaan serius berlaku tetapi hanya terdapat kesan lebam pada lengannya akibat dicengkam.

Difahamkan, remaja berkenaan yang dikenali sebagai Ezmir Sadriq merupakan salah seorang finalist pertandingan jejaka kacak iaitu Hero Remaja 2017.

“Ketika itu pemuda berkenaan sedang berlakon dengan saya bagi memenuhi salah satu tugasan yang diberikan kepadanya.

“Dalam salah satu adegan, dia telah cengkam kedua-dua lengan saya lantas meninggalkan sedikit kesan lebam,” ujarnya dipetik sebuah portal.

Tambahnya lagi, insiden seperti itu sebenarnya hanyalah perkara kecil yang sering berlaku di set penggambaran dan sama sekali tidak marah akan Ezmir mengenai hal itu.

Malah, dia menganggap pemuda itu hanya teruja di samping bersungguh untuk menghayati watak yang dibawa memandangkan dia masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan.

“Sebagai seorang pelakon, insiden seperti itu adalah perkara kecil yang perlu dihadapi apabila berada dalam set penggambaran.

“Lagipun dia masih baharu dalam dunia lakonan dan sedang mempelajari teknik lakonan,” kata Farahdhiya.

Sementara itu, Ezmir dilihat telah memuat naik satu posting di laman Instagram di mana dia meminta maaf kepada pelakon berkenaan atas kekasaran yang dilakukan tanpa sengaja itu.

Once again I would like to say sorry to kak @farahdhiya_fd for being rough unintentionally while shooting episode 4 Hero Remaja 2017 🙏🏻 Thank you so much for the lessons and tips 😊 #heroremaja2017 #heroremaja #hr2017 #majalahremaja #remaja #teamezmirsadriq #teamezmir

A post shared by Ezmir Sadriq Suhardi (@ezmirsadriq17) on Oct 5, 2017 at 7:47pm PDT

“Once again I would like to say sorry to kak @farahdhiya_fd for being rough unintentionally while shooting episode 4 Hero Remaja 2017 🙏🏻 Thank you so much for the lessons and tips 😊,”  katanya menerusi kapsyennya.

Ezmir merupakan jejaka kelahiran Miri, Sarawak dan penuntut dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti swasta tempatan. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Farahdhiya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pakai Apa Yang Mampu – Farahdhiya

02/08/2018
0

PENYANYI dan pelakon Farahdhiya menasihati orang ramai supaya mengunakan sesebuah produk bergantung pada kemampuan diri sendiri. Menerusi entri di Twitter,...

Farahdhiya Sindir Netizen Lepas Ditegur Buncit

13/07/2018
0

SEKEPING foto yang dimuat naik pelakon dan penyanyi Farahdhiya ketika menghadiri majlis di Istana Negara pada Selasa lalu mendapat perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd