• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makin Ramai Mahu Daftar Anak Ke Pusat Tahfiz

oleh AK-47
08/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Di sebalik kebakaran pusat tahfiz yang mengorbankan 23 orang di sini bulan lepas, semakin ramai orang menyatakan hasrat untuk mendaftarkan anak mereka belajar di pusat itu.

Pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Mohd Zahid Mahmood berkata beliau sendiri tidak menyangka keadaan itu apabila ratusan ibu bapa yang mengunjungi pusat tahfiz itu selepas tragedi 14 Sept tersebut menyatakan sendiri hasrat tersebut kepadanya.

“Sebenarnya pada peringkat awal selepas kejadian itu, kami menyangka ia mungkin akan menyebabkan ibu bapa tidak mahu lagi menghantar anak-anak mereka ke pusat tahfiz, tetapi sebaliknya yang berlaku.

“Ada ibu bapa yang mengunjungi pusat tahfiz selepas tragedi itu dan terus mahu mendaftarkan anak-anak mereka dengan pusat tahfiz kami, tetapi saya terpaksa beritahu mereka supaya menunggu dahulu sehingga keadaan berkaitan tragedi itu selesai,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden terkorban akibat terperangkap dalam asrama yang terbakar.

Mohd Zahid melahirkan rasa bersyukur dengan sambutan ibu bapa itu selain merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak termasuk kerajaan yang terus memberikan sumbangan dan memberi perhatian kepada pusat tahfiz itu dan waris-waris mangsa.

Mengenai perkembangan semasa para pelajar yang terselamat dalam kejadian itu, Mohd Zahid berkata, pada masa ini mereka masih bercuti bersama keluarga masing-masing untuk berehat selain menghilangkan rasa trauma yang dirasai susulan tragedi itu.

Katanya, sebelum kembali semula menyambung pengajian di pusat tahfiz itu, pelajar-pelajar tersebut akan dibawa menunaikan ibadah umrah secara berperingkat bulan ini.

“Diharapkan selepas mereka kembali dari umrah nanti perasaan trauma mereka akan hilang dan kembali fokus untuk pengajian semula,” katanya. – BERNAMA

Tags: Darul Quran Ittifaqiyahpusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

11/05/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd