• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kod Etika Untuk Ibu Bapa Perlu Dilaksana Segera

oleh Ahmad Albab
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kongres Kesatuan Guru Kebangsaan (NUTP) mahu Kementerian Pendidikan melaksanakan segera satu kod etika ‘Ibu Bapa’ untuk melindungi guru selain dapat mengharmonikan hubungan kedua-dua pihak.

Presidennya Kamarozaman Abd Razak berkata kod etika itu juga akan memastikan maruah dan emosi guru-guru tidak terjejas akibat tekanan berpunca daripada serangan ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap mereka.

“NUTP membuat cadangan kepada Kementerian Pendidikan setahun lepas tetapi sehingga sekarang tiada perkembangan. Oleh itu kita perlu mengambil tindakan dahulu seperti dilaksanakan oleh negara-negara maju, bukan mengambil tindakan apabila berlaku musibah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran CDERT (Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti)-NUTP dan pemakaian pangkat pegawai bersekutu CDERT-NUTP oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di sini, malam tadi.

Kamarozaman berkata NUTP akan mengambil tindakan proaktif dengan mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa, badan-badan bukan kerajaan serta membincangkan rangka kod etika itu bersama peguam sebelum dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.

“Kebanyakan kes guru diserang ibu bapa berlaku di bandar. Walaupun tidak banyak namun ia tetap memberi kesan kepada guru dan ‘penyakit’ tersebut boleh merebak menjadi lebih besar dan akhirnya hubungan antara guru dan ibu bapa menjadi tidak harmoni,” katanya.

Mengenai Bajet 2018, beliau merayu kerajaan menambah peruntukan penyelenggaraan sekolah memandangkan banyak sekolah terutama di luar bandar yang berusia lebih 30 dan 20 tahun perlu diselenggara atau dibaik pulih segera bagi menjamin keselamatan pelajar dan guru.

“Untuk melaksanakan transformasi dan melahirkan modal insan berkualiti, pendidikan amat penting,” katanya dan menambah peruntukan RM600 juta untuk penyelenggaraan 10,600 sekolah di seluruh negara dalam Bajet 2017 tidak mencukupi.

Sementara itu, Shahidan berkata penubuhan CDERT di peringat NUTP akan melancarkan operasi bantuan di peringkat komuniti kerana kaum guru banyak terlibat dengan masyarakat.

“Kita mempunyai aset yang perlu digerakkan semasa bencana dan NUTP dengan keanggotaan lebih 200,00 orang mampu melancarkan operasi bantuan,” tambahnya.

Shahidan berkata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mampu memberi latihan termasuk hal-hal keselamatan. – BERNAMA

Tags: ibu-bapaNUTP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Yakin Bajet 2018 Ada Tambahan Baik Untuk Rakyat

Next Post

Habis Drama Cinta, Michael Terbit Telefilem Khunsa

Related Posts

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kerajaan meningkatkan Cuti Rehat Khas (CRK) guru daripada 10 kepada 14...

Bahayakan Guru, NUTP Bantah Saringan Covid-19 Di Sekolah

03/12/2021
0

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu yang bermula semalam....

Next Post

Habis Drama Cinta, Michael Terbit Telefilem Khunsa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd