• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Belanja’ Video Seksi, Nadia Brian Teruk Kena Kritik

oleh
06/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA pelakon, Nadia Brian mungkin agak asing dalam kalangan peminat seni tanah air tambahan pula dia masih baharu dalam bidang ini.

Tetapi, jika disebut peranannya melalui watak Milda dalam drama bersiri Akulah Balqis, pasti ramai yang terbayangkan raut wajah empunya nama ini.

Lumrah status seorang artis, tidak terlepas daripada kritikan dan kecaman. Ada sahaja tindak tanduk yang diperhati.

Begitulah yang terjadi pada aktres ini di mana dia menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan tampil seksi semasa bercuti baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, Nadia ada memuat naik beberapa posting yang memaparkan dia menghabiskan masa di sebuah pulau.

Salah sebuah posting yang dimuat naik, telah mengundang kritikan ‘panas’ netizen apabila aktres ini didakwa berpenampilan seksi dan membuat aksi ‘ghairah’.

Beach💜Best escape anyone can have💜

A post shared by Nadd💜 (@nadia.brian) on Oct 1, 2017 at 10:54pm PDT

Bagaimana pun, Nadia atau nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi mengakui terkejut serta tidak menyangka posting berkenaan boleh menjadi perhatian netizen.

Menurut pelakon ini, posting yang dikongsi itu dirakam sewaktu bercuti bersama dengan ibunya di Pulau Perhentian, Terengganu.

Baginya, penampilan ketika itu tidaklah terlalu seksi seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak.

“Terkejut juga tiba-tiba followers di Instagram bertambah dan bila baca komen ada yang kata pakaian saya seksi.

“Bagi saya, ia tidaklah terlalu seksi dan gambar itu diambil ketika saya sedang bersantai di kawasan pantai.

“Saya bercuti berdua dengan ibu dan video itu dirakam oleh ibu. Saya bukan bercuti dengan mana-mana lelaki seperti yang didakwa oleh netizen,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Nadia berkata lebih memilih untuk berdiam diri dan tidak mengambil kisah dengan tohmahan negatif yang dilontar terhadapnya.

Tambah nadia lagi, dia lebih selesa menjadi diri sendiri serta kalau boleh hanya mahu dikenali kerana kerjaya dan bukan kontroversi.

“Malaslah nak ambil tahu benda-benda begini, yang penting saya buat hal sendiri dan tak kacau orang.

“Sejujurnya, saya tak tertekan tentang isu ini cumanya kalau boleh jangan terlalu mudah melabelkan saya dengan tanggapan yang tidak baik.

“Kalau ada yang kurang selesa dengan tingkah laku saya, saya mohon maaf,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nadia  dikatakan bakal muncul dalam drama terbitan JS Pictures, Dekatkan Jarak Kita, yang bakal disiarkan November ini di TV3. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: artis baru
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Alicia Amin Separuh Bogel ‘Demi Hak Wanita’

07/09/2017
0

ORANGNYA berwajah eksotik, tinggi lampai dan bertubuh langsing: satu resipi yang lengkap untuk menjadikan Alicia Amin seorang model fesyen dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd