• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantah Pesta Arak: Datuk Jamal Sekinchan Kena Cekup

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGERUSI Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis bersama-sama dengan tujuh lelaki lain, awal pagi ini.

Beliau ditahan di Sekinchan berhubung bantahan penganjuran ‘The Better Beer Festival 2017’ di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata mereka ditahan, pada pukul 1.45 pagi Jumaat.

Katanya, perintah reman akan dimohon pagi ini di mahkamah Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan itu dilakukan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima laporan pengawal keselamatan SUK, petang semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menyertai perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 KK kerana menyebabkan kemudaratan awam disebabkan tingkah laku peserta perhimpunan,” katanya.

Dalam bantahan pada 10.15 pagi semalam, Jamal bersama sekumpulan lelaki membawa 10 kotak berisi botol arak yang mahu diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tanda bantahan terhadap pesta berkenaan.

Bagaimanapun, Jamal dihalang memasuki premis pentadbiran kerajaan negeri itu.

Ketika sidang media kemudiannya, mereka memecahkan botol berkenaan dengan menggunakan tukul di hadapan pintu pagar utama bangunan SUK. – myMetro Online

Tags: Datuk Jamal Md Yunospesta arak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Arak: Jangan Eksploit Keputusan Kerajaan Negeri

18/10/2018
0

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba memanipulasi kenyataan Menteri Besar Johor...

Jamal Kena Dakwa Lagi

13/09/2018
0

SUNGAI BESAR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd